Pages

Friday, June 17, 2011

Jual Agama - Nik Aziz Terdiam

16 Jun - Seorang ibu tunggal mendakwa tiga anaknya yang belajar di sebuah pusat tahfiz di Taman Tampoi Utama di sini, dipukul, dirotan, ditampar dan dipijak di kepala oleh tenaga pengajar di asrama pusat berkenaan.

Dia memasukkan tiga daripada enam anaknya itu ke pusat berkenaan untuk mendapatkan ilmu agama kerana dia sibuk berniaga kecil-kecilan untuk menyara keluarga selepas kematian suaminya setahun lalu.
Dakwanya, ketiga-tiga anaknya itu mula dihukum oleh seorang ustazah dan dua ustaz yang menjaga asrama di pusat tahfiz berkenaan sejak dua minggu lalu.

"Khayrin didakwa mencuri wang RM20 milik salah seorang ustazah sebelum dia dipukul, ditendang, ditampar, dirotan selain dipijak di kepala. Nurin pernah dirotan sebelum diusir keluar dari asrama kerana didakwa mengumpat ustazah yang menghukum adiknya," katanya semasa ditemui di Wad Kanak-Kanak Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.

Berikutan kejadian tersebut, Fouziah telah membuat laporan di Balai Polis Daerah Johor Bahru Selatan semalam sebelum membawa ketiga-tiga anaknya menjalani pemeriksaan di HSA. Katanya, laporan berkenaan dibuat bukan kerana hendak mencari kesalahan sesiapa, sebaliknya tidak mahu perkara sama berlaku kepada pelajar lain yang tinggal di asrama pusat tahfiz berkenaan. - Utusan Malaysia

Akhir zaman ini wujudnya sekumpulan manusia yang menjual agama untuk kepentingan sendiri. Kalau kat Malaysia ni kumpulan paling top adalah PAS. Takde kumpulan lain yang boleh lawan dorang. Ayah Pin pun mengaku kalah dengan PAS. PAS punya pusing sampaikan Ayah Pin pun boleh pening.

Berbalik pada isu pusat tahfiz ni, harap ibu bapa siasat dahulu latarbelakang sebelum menghantar anak mereka. Bukan apa, sekarang ni banyak benar pusat tahfiz yang menyeleweng. Pelajar disuruhnya menjual cd dan minyak angin. Ada pula setakat letak papan tanda lepas tu buat kutipan derma. Sekejap hudud, lepas tu hilang. Sekejap negara islam. Lepas tu cakap pulak tak wujud negara islam. Macam macam hal style orang pusingkan bab agama ni hehehehe.

1 comment:

  1. Amboi...sempat fitnah pas. Y bn jual agama utk kaya, songlap duit,fitnah, lucah dll tu ko xnmpk plak. Dasar macai

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor