Baginda bertitah pembangunan infrastruktur untuk negeri Kelantan adalah penting kerana ia memberikan kemudahan untuk rakyat dalam mendapatkan perkhidmatan terbaik kerajaan.
"Negeri Johor, Pahang ada lebuh raya. Kawasan persekitaran macam kampung atau bandar kecil sempat naik (membangun), makna ada rezeki. Saya selalu pergi ke mana-mana pakai kereta, jadi kita boleh tengok sebab (apabila) kampung ada jalan besar, kampung itu tidak mati.
"Jika jalan susah nak sampai mesti benda-benda lain pun akan susah, dia (kampung) tidak ada kesempatan untuk membangun jadi dia pun nak ada komunikasi jalan. Ini masalah yang ketara yang saya lihat," titah baginda pada sidang media khas yang diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang semalam. (Berita Harian)
"Jika jalan susah nak sampai mesti benda-benda lain pun akan susah, dia (kampung) tidak ada kesempatan untuk membangun jadi dia pun nak ada komunikasi jalan. Ini masalah yang ketara yang saya lihat," titah baginda pada sidang media khas yang diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang semalam. (Berita Harian)
Akhirnya Sultan Kelantan juga bersuara bagi pihak rakyat kerana sedara bahawa pemerintahan Pas selama ini hanya menumpukan kepada ceramah-ceramah politik sahaja dan tidak mampu memberikan peningkatan kepada ekonomi rakyat. Benar rakyat terutama yang beragama Islam ingin mengharapkan kepada kehidupan hari akhirat, tetapi dalam masa sama mereka juga inginkan kehidupan didunia yang serba ada.
Rakyat juga melihat bahawa para pemimpin Pas yang menyeru mereka melihat kepada kehidupan diakhirat semata-mata sedangkan mereka seronok menikmati kehidupan dunia yang mewah. Justru janganlah pemimpin Pas hanya meminta rakyat melihat kehidupan akhirat kerana tidak mampu memberikan mereka kehidupan didunia, atau kerana hanya mereka yang berkeinginan kepada kehidupan didunia ini dengan mengula-gulakan rakyat kepada kehidupan akhirat.
Semoga rakyat Kelantan sedar bahawa selama ini mereka hanya didodoikan dengan lagu yang indah supaya mereka melupakan apa yang kerajaan tidak mampu berikan kepada mereka.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor