Pages

Thursday, May 12, 2011

Peruntukan 14 Juta Ringgit Untuk Kesihatan Rakyat

Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM14 juta untuk membina klinik kesihatan baru di bandar ini pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, projek berkenaan akan dibina bersebelahan Perpustakaan Awam Jerantut di sini.

Beliau berkata, projek itu bakal memberi kemudahan kepada penduduk tempatan termasuk Orang Asli di pedalaman untuk memperoleh rawatan dengan lebih cepat dan selesa.

''Klinik kesihatan baru ini dapat mengurangkan kesesakan di Hospital Jerantut yang kini mengalami pertambahan jumlah pesakit setiap hari. Kira-kira 900 pesakit menerima rawatan di Hospital Jerantut dan projek klinik kesihatan baru ini merupakan alternatif mengatasi kesesakan itu," katanya kepada pemberita selepas melawat pameran dan rawatan kesihatan percuma Jabatan Kesihatan Jerantut, di sini, semalam.

Menurut Lee, klinik kesihatan baru itu akan mengendalikan perkhidmatan kepada pesakit luar manakala rawatan susulan kes kronik dirujuk ke Hospital Jerantut dan Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.
Kerajaan BN tidak pernah mengabaikan kesejahteraan rakyat seperti mana yang sering didakwa oleh pembangkang. Kalaupun berlaku masalah, itu sebenarnya disebabkan oleh pembangkang sendiri yang sentiasa mencipta masalah untuk memburukkan BN.

Rakyat Pahang  sendiri tahu menilai yang baik ataupun buruk. Pembangkang tiada tempat di Pahang.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor