Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, generasi baru perlu menyedari bahawa agensi itu berjaya mengubah kehidupan peneroka ke arah yang lebih baik. Tegasnya, tindakan segelintir generasi baru Felda yang condong kepada pihak pembangkang kerana mereka tidak memahami sejarah penubuhan agensi itu.
"Sejarah awal penubuhan Felda difahami oleh peneroka asal kerana golongan tersebut yang mula meneroka tanah ketika itu. Berkat kesabaran mereka membangunkan tanah rancangan Felda, mereka menikmati hidup lebih baik sehingga ke generasi seterusnya," katanya ketika berucap pada majlis penutup Karnival Iktiraf Felda Wilayah Kuantan di Gugusan Felda Chini di sini semalam.
Pada majlis itu, Menteri Besar mengumumkan pemberian geran kepada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Kuantan bagi meneruskan aktiviti belia di tanah rancangan Felda.
Adnan menegaskan, dengan memahami sejarah penubuhan Felda, generasi barunya tidak akan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang kononnya mampu membela nasib mereka di tanah rancangan.
Menurut beliau, pihak pembangkang hanya mampu berjanji tetapi tidak pernah membantu apabila peneroka berada dalam kesusahan. Sebaliknya kerajaan dan Felda yang banyak berusaha mengubah kehidupan masyarakat peneroka termasuk generasi baru yang menerima pelbagai faedah demi meningkatkan taraf kehidupan. - Utusan Malaysia
Didalam negara ini, masyarakat Felda boleh dikatakan antara golongan yang paling beruntung sekali. Ada sahaja rancangan Kerajaan untuk membantu mereka. Malah mereka juga mendapat pelbagai faedah seperti bayaran dividen dan skim pinjaman yang tidak membebankan.
Oleh itu janganlah terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang sentiasa mahu menghancurkan kebahagiaan hidup masyarakat Felda. Sesungguh segala janji yang dibuat oleh pembangkang hanyalah janji syaitan semata mata. Langsung tidak berpijak dibumi yang nyata. Malah ianya sesat lagi menyesatkan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor