Pages

Monday, May 16, 2011

PAS DAN FATWA???

Fatwa Baru Nik Aziz Pertahan Anwar Ibrahim – TPM



http://umno-online.com/?p=37425

KUANTAN, 14 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyifatkan kenyataan Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat sebagai satu lagi fatwa baru yang dibuat berdasarkan kepentingan politik semata-mata.

“Dia sudah biasa begitu dengan menjawab lebih kepada politik dan bukan ikut hukum yang ada sedangkan ramai pihak yang nak tahu apa yang berlaku berkaitan dengan video seks terbabit.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program bersama warga pendidik dan himpunan badan-badan bukan kerajaan di Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang, Kuantan, hari ini.

Sebelum ini Nik Aziz telah melabelkan sesiapa yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu sebagai tidak akan masuk syurga.

“Sebab itulah pihak berkuasa melakukan siasatan untuk mendapatkan fakta yang sebenarnya sedangkan penting. Ini soal hukum dan semua orang Islam tahu tentang hukum tetapi apa yang penting untuk selesai dengan hak. Nyatakan yang benar walaupun ia pahit. Jadi penting bagi kita untuk jelaskan hal ini.

“Kerajaan tidak eksploitasi untuk kepentingan politik sebaliknya polis hanya membuat siasatan kerana ia didakwa membabitkan “seseorang yang ternama,” tegasnya.

Jelas beliau lagi, apabila keluar video sebegitu, dan ia dikaitkan dengan yang ternama iaitu ketua pembangkang, sudah tentu ramai yang mahu tahu, jadi disebabkan jadi perhatian awam, umum, pihak kerajaan bila dibawa aduan (itu), maka perlu buat siasatan dan perlu bukti fakta yang sebenarnya,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran turut memaklumkan berkaitan usaha untuk meningkat kualiti pendidikan di negara ini yang jika dilihat secara keseluruhan menunjukkan tahap pendidikan anak-anak telah meningkat.

“Pendididkan adalah suatu yang amat penting untuk diri, keluarga dan Negara malahan kemajuan negara berkait rapat dengan pendidikan.

“Waktu mula-mula merdeka, lebih 60 peratus masyarakat berada dalam kemiskinan tapi kerajaan Barisan Nasional telah beri tumpuan penuh kepada pndidikan, prasarana dibina, pendidik yang baik dengan sokongan-sokongan lain dan hasilnya kita lihat negara dapat catat kemajuan berganda,” katanya.

Turut hadir bersama beliau ialah Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri K.Devamani.

– MediaUMNO


Ulasan :

Nik Aziz perlu mengeluarkan fatwa juga kepada pemimpin dan penyokong PAS yang memfitnah Dato Sri (Tun) Dr Mahathir menonton video lucah dengan cucunya satu waktu dulu.

Seingat saya kepala pemfitnah (tak perlu sebut nama - seluruh negara tau) tu dah meninggal dunia dah.... tak sempat minta ampun dan jilat tapak kaki Tun Mahathir.

Tapi... oleh kerana dia ahli PAS... Nik Aziz dah beri shafaat dan ampunkan dosanya serta beri jaminan masuk surga.

Itulah PAS yang semuanya "politik" dan double standard.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor