Pages

Thursday, May 26, 2011

LAGI ISU LYNAS?

YB Fauziah gagal beri khidmat kepada pengundinya, mengubah dan menagih simpati dengan isu Lynas pula. Mudahnya jadi pembangkang!!!



SEJAK 2009 lagi apabila bermula penentangan terhadap pembinaan kilang pemprosesan logam tanah jarang milik Lynas Corporation di kawasan perindustrian Gebeng, Pahang hinggalah kini, banyak pihak mengambil kesempatan untuk mempolitikkan projek ini. 

Terbaru 200 orang ahli daripada parti pembangkang berhimpun secara haram di depan pejabat DAP Pahang di Jalan Beserah, bagi menyatakan bantahan terhadap projek berkenaan. 

Pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berucap pada perhimpunan itu sama ada dari pusat atau peringkat negeri, menjelaskan lagi tentang sifat sebenar parti politik tersebut. 

Sehari sebelum itu, pejabat-pejabat media sama ada cetak atau elektronik di negeri ini telah dihubungi untuk liputan majlis berkenaan. Menyedari kehadiran pihak media khususnya jurufoto dan jurukamera ini, pembangkang menyifatkannya sebagai satu kejayaan sementelah yang turut hadir ialah media cetak 'vernacular' yang sering memberi liputan berbaur simpati terhadap mereka. 

Apabila sahaja polis mengarahkan perhimpunan haram itu dihentikan, ketika itulah juga empat orang membuat aksi meniarap mereka. Sudah tentu, itulah photo opportunity terbaik bagi pembangkang dan jurufoto. Bagi menambahkan tarikan, keempat-empat mereka ini yang ketika itu sudah pun dilihat sebagai hero, dengan sengaja bersikap degil lalu membenarkan diri untuk ditahan. Media 'vernacular' memainkan foto-foto tentang kejadian meniarap itu di muka depan.  (Blog TaipingMali)

Pihak parti Politik Pembangkang masih juga tetap mengambil kesempatan untuk mempolitikkan isu Lynas. Tidak cukup dengan mempengaruhi penduduk tempatan dan warga negara, mereka juga mempengaruhi rakyat asing untuk menyokongnya dengan harapan untuk menampakkan mereka mendapat sokongan antara bangsa.

Kita tidak hairan kerana mereka sedar bahawa semakin hari kita semakin dekat dengan PRU, dan mereka sedar mereka sudah ketiadaan isu untuk menarik perhatian rakyat. Kerana itulah mereka jadikan isu Lynas ini dan menunjukkan kununnya mereka prihatin kepada masalah rakyat. Apa yang sebenarnya adalah mereka hanya cuba mengalih pandangan rakyat terhadap kegagalan mereka terutamanya Ahli Parlimen Kuantan, YB Fauzian Saleh dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

Kita berharap rakyat akan lebih bijak menilai dan jangan terperangkap dengan rancangan jahat pembangkang itu. Kita patut juga menanyakaan kepada YB Fauziah, apakah yang mampu dilakukannya dari dahulu untuk kebajikan pengundinya selain menganjurkan tunjuk perasaan dan membuatkan rakyat rasa tidak puas hati terhadap kerajaan? Harap YB Fauziah sekali-sekala dapat juga mencermin mukanya sendiri. Pengundi Parlimen Kuantan sudah tidak lagi  inginkan wakil Rakyat yang tenggelam dan timbul bagai sampah hanyut ini.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor