Fuh!!! Sehari - hari - hari ni, keje Semut asyik membalun Si Fuziah 'Reaktor' tu je. Tak de dah keje lain. Tapi bukan sebab apa. Sebab dia suka sangat menipu orang.
Jadi sebab itu lah dia dibalun habis - habisan hari ni. Kalau nak diikutkan, banyak fakta yang dia buat semuanya tidak tepat dan ianya sengaja diputar belitkan oleh dia.
Maka, mari kita lihat semula kronologi bagaimana semua masalah ni bermula hasil daripada permainan Politik Si Fuziah 'Reaktor' tu.
1. Pada akhir tahun 2008, pihak Kerajaan Negeri Pahang telah menerima satu cadangan daripada MITI mengenai pembinaan kilang yang diluluskan oleh Kerajaan Pusat. Kilang tersebut akan dibina dikawasan Petroindustri, Gebeng, Kuantan.
Nama pun dah kawasan Petroindustri. Kawasan tu memang dikhususkan untuk membangunkan kilang - kilang bagi industri berat. Dah la tu, jauh pulak dari kawasan penduduk.
2. Pihak Kerajaan Negeri diberi taklimat oleh Syarikat Lynas mengenai bahan - bahan yang dihasilkan. Peserta taklimat terdiri daripada Exco Kerajaan negeri, ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional, ADUN serta Ahli Parlimen Pembangkang.
Termasuk la dengan Si Fuziah 'Reaktor' tu sendiri. Taklimat tersebut diadakan pada tahun 2009. Tiada bantahan yang dibuat oleh pihak Pembangkang mengenai pembinaan kilang tersebut sewaktu taklimat diadakan.
3. Awal tahun 2011, gempa bumi besar melanda Jepun sehingga mengakibatkan kebocoran serious kepada loji - loji Nuklear mereka. Tahap kebocoran itu menghasilkan radiasi yang tinggi sehingga boleh menyebabkan kanser kepada penduduknya.
Tapi siapa sangka ye tak? Itu bencana alam. Ketentuan Allah S.W.T keatas manusia. Kalau tidak, selama ni, loji nuklear tu la yang membekalkan tenaga kepada penduduk - penduduk di Fukushima.
4. Kesempatan itulah yang digunakan oleh Si Fuziah 'Reaktor' untuk memulakan gerak kerja Anti-Lynasnya. Maka habis satu Kuantan dicanangnya mengenai pembinaan 'Reaktor' Nuklear oleh pihak Lynas di Gebeng.
Tujuannya adalah untuk menakut - nakutkan penduduk setempat dan menyebarkan fitnah mengenai bahaya kilang tersebut. Ayat yang sering diulang - ulang ialah mengenai Nuklear, Radiasi dan Kanser.
Dia dan puak - puak dia menjual cerita kata perkara yang berlaku terhadap Fukushima akan turut sama berlaku di Kuantan sekiranya kilang tersebut dibiarkan beroperasi kelak.
5. Pihak Kerajaan kemudiannya membuat penjelasan bahawa kilang yang dibina oleh pihak Lynas itu bukan kilang Nuklear seperti di Fukushima. Ianya hanya sebuah kilang memproses Logam Nadir yang dikenali sebagai Rare Earth.
Bahan mentah dari Rare Earth ini dibawa ke Malaysia dari Negara Australia, Negara asal syarikat Lynas dimana lombongnya terletak di Mount Weld, Australia.
6. Dan - dan tu jugak, puak - puak Anti-Lynas pimpinan Si Fuziah ni menggunakan fakta tersebut untuk mempertikaikan mengenai kenapa bahan tersebut tidak diproses di Negara Australia sahaja? Kenapa ia perlu dibawa ke Malaysia? Kenapa tidak ke Negara lain?
Syarikat Lynas menjelaskan bahawa Australia kekurangan sumber untuk memproses bahan tersebut. Sumber yang dimaksudkan ialah air yang mencukupi kerana umum tahu, Australia memang menghadapi masalah bekalan air mentah yang bersih.
7. Tapi sebab tak puas hati jugak dengan kenyataan yang diberikan, Si Fuziah & The Geng tetap mencari jalan lain agar kilang Lynas ini tidak terus dibina di Gebeng. Mereka kaitkan pula dengan kebocoran yang berlaku di Bukit Merah 20 tahun yang lalu.
Namun, kenyataan itu telah dijelaskan oleh pihak AELB bahawa kilang di Bukit Merah itu tidak memproses bahan yang sama seperti di Gebeng. Bahan mentah yang dihasilkan turut mengandungi sisa bijih Timah yang jauh lebih bahaya daripada sisa bahan Logam Nadir.
Lagi pun, dalam taklimat yang dijelaskan hari ini, panel IAEA juga mengesahkan bahawa radiasi yang dihasilkan oleh sisa timah memang jauh lebih merbahaya daripada Thorium.
8. Tahu sebab apa Fuziah kaitkan kilang di Gebeng dengan yang ada di Bukit Merah? Sebab namanya sahaja. Nama syarikat yang mengusahakan kilang di Bukit Merah tu Asian Rare Earth (Bhd) atau lebih dikenali sebagai ARE.
Hanya itu sahaja hubungan yang dikaitkan oleh Si Fuziah 'Reaktor' dengan kebocoran yang berlaku 20 tahun yang lalu di Bukit Merah. Bukan sebab bahan sisanya sama atau sebagainya.
9. Mereka masih jugak tak puas hati selagi Kerajaan tidak membatalkan pembinaan kilang tersebut dan memenuhi tuntutan mereka. Maka diorang buat dakwaan bahawa Kerajaan Negeri Pahang sengaja memperjudikan nyawa penduduk - penduduk di Gebeng dengan membina kilang tersebut.
Dalam Ssidang Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar Pahang menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak ada kaitan lansung dengan pembinaan kilang tersebut. Kilang tersebut menggunakan sepenuhnya duit syarikat. Malah tapak kilang tersebut jugak dibeli oleh syarikat tersebut secara peribadi. Tanah tu pun bukan milik Kerajaan.
10. Ketika MB Pahang membuat pendedahan bahawa projek Lynas ini dicadangkan oleh Kerajaan Pusat, ADUN Beserah (PAS) didapati sedang nyenyak tidur. Dia terpaksa dikejutkan oleh rakan - rakan pembangkang lain yang ada dalam Dewan pada ketika itu.
Tak ke haru tu? Pada hal kawasan perindustrian tu terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri dia. Boleh pulak dia tido masa tu? Tak bertanggungjawab lansung.
11. Si Fuziah 'Reaktor' ni masih jugak tak puas hati. Dia katanya turut menghantar satu surat terbuka kepada MB Pahang agar ditubuhkan satu Jawatankuasa Bebas yang terdiri daripada panel - panel Pakar mengenai sisa toksik dan radiasi sebelum kilang tersebut dibenarkan untuk beroperasi.
Jadi, pihak Kerajaan pun bersedia melantik panel yang pakar mengenai perkara tersebut dan memilih untuk mendapatkan pandangan daripada Agensi Kuasa Atom Antarabangsa atau dikenali dengan nama IAEA.
12. Bila perkara tersebut diumumkan, Fuziah tetap tak puas hati jugak. Dia memohon agar Jawatankuasa tu turut dianggotai oleh panel luar yang terdiri daripada pemimpin masyrakat agar mereka mendapat penjelasan sepanjang kajian dijalankan.
Tujuan dia bukan apa. Dia sendiri yang nak menganggotai Jawatankuasa tu sebenarnya agar dapat dilihat sebagai Hero dikemudian hari. Tak masuk akal lansung cadangan dia tu. Apa kelayakan yang dia ada untuk menjadi Ahli Jawatankuasa tersebut?
13. Disebabkan tuntutan dia tidak dipenuhi, maka terjadilah insiden seperti hari ini dimana puak - puak Anti-Lynas tu membantah penglibatan IAEA sebagai panel bebas yang diberikan amanah untuk menjalankan kajian mengenai isu Lynas ni.
Konon kata diorang, IAEA ni hanya mempromosikan penggunaan Nuklear sahaja. Mereka kata IAEA ni tak layak nak menjadi panel bebas kerana ianya bukan bidang kuasa mereka kononnya.
Fuh!!! Berjela - jela kronologi ni rupanya. Ingatkan pendek je. Tapi itulah hakikatnya. Si Fuziah 'Reaktor' ni memang jenis tak kan berpuas hati selagi agenda Politik dia tak tercapai.
Sebab itu lah, apa sahaja penjelasan yang dibuat, dia mesti bantah. Dia mesti cari jalan lain untuk tersu mempolitikkan perkara tersebut. Dah nampak sangat yang dia sengaja nak menjadi Hero demi kepentingan Politik dia je sebenarnya.
Dia nak tunjuk kat Anugay tu yang dia buat kerja. Bukan macam Si Azan Ismail atau Si Fauzi pendek tu. Tapi kot ye pun nak jual diri, jangan la menipu rakyat!!!
bodoh
ReplyDeletesiapa ada baca report radiological impact assessment (RIA) oleh atomic energy licensing board (AELB) dan IAEA angkat tangan....
ReplyDeleteSiapa tak penah baca dan bercakap panjang angkat tangan...