Pages

Tuesday, May 3, 2011

KEMATIAN OSAMA LADEN - UMAT ISLAM MENUMPANG GEMBIRA?





WASHINGTON 2 Mei – Pemimpin rangkaian al-Qaeda, Osama bin Laden maut dalam satu operasi ketenteraan diketuai Amerika Syarikat (AS) di Pakistan, sekali gus menamatkan pemburuan selama 10 tahun yang dilancarkan AS terhadap perancang serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001.


Presiden AS, Barack Obama dalam satu pengumuman rasmi berhubung perkara tersebut berkata, Osama terbunuh dalam satu serangan tentera AS di bandar Abbottabat, kira-kira 100 kilometer di utara Islamabad.

Beliau berkata, turut maut dalam operasi selama 40 minit diketuai Agensi Perisikan Pusat (CIA) itu ialah tiga lelaki termasuk seorang anak lelakinya dan seorang wanita.


“Keadilan telah ditegakkan,” kata Obama lewat malam tadi di White House, sambil menambah kata, jenazah ketua al-Qaeda itu kini berada dalam simpanan AS dan akan disemadikan mengikut hukum Islam. (Klik ke Utusan Malaysia Online)


Ketika pemimpin Islam Saddam Husin dbunuh, umat Islam dunia, khususnya Iraq bergembira kunun segala kejahatan telah dimusnahkan. Bagaimanapun sehingga kini rekod mencatatkan bukan sedikit rakyat Iraq yang mati kerana keganasan tentera asing dalam misi menawan Iraq. Bahkan keamanan yang mereka bayangkan asih juga belum benar-benar dapat dinikmati. Tanpa rakyat sedari, sumber minyak khazanah negara mengalir ke tangan orang lain.

Patut juga diimbas kembali, kekuasaan Saddam dibentuk oleh ejen Amerika bagi mengimbangi pengaruh di teluk dan Amerika mendapat banyak manafaat darinya suatu ketika dulu.

Apabila rakyat memberontak dan menyingkirkan pemimpin Islam Presiden Mesir. Amerika menyokongnya konon atas nama kebebasan. Mungkin juga kita tidak sedar bahawa sudah berapa lama ejen-ejen Amerika menjalankan kerja propogandanya mengadu domba rakyat Mesir dengan menggunakan media sosial khususnya laman facebook.

Rakyat Mesir bergembira, namun masa depan mereka yang masih samar siapa yang berani menduganya? Kuasa besar sedang mencaturkan siapa yang akan memimpin Mesir, namun yang pasti pemimpin itu adalah boneka mereka.
Baru-baru ini, Osama Ben Ladin diberitakan terbunuh dalam satu serangan terancang Amerika. Tentera mereka bukan berhak mempertahankan negara mereka bahkan berhak menyerang sesiapa yang dianggap musuhnya dinegara mana sekalipun atas nama memerangi kejahatan.

Ketika satu lagi nyawa umat Islam dicabut, kekuatan Islam semakin tidak dihormati, umat Islam seluruh dunia bergembira kononnya penyebab kejahatan sudah dihapuskan. Osama juga seperti Saddam Husin, tokoh yang dibina ejen Amerika untuk memecahbelahkan kekuatan didunia Arab dari kuasa yang pro kepada Rusia dalam era perang dingin US vs. USSR.

Banyak jasa Osama kepada Amerika ketika itu namun kebergantungan kepadanya sudah dirasakan tidak diperlukan lagi. Maka dengan hanya alasan terlibat dalam tregedi 911 (WTC) Osama dihukum tanpa berpeluang membela diri.

Atas nama kebebasan manusia sejagat mereka memiliki lesen untuk membunuh dan menyerang mana-mana negara. Atas nama paksi kejahatan mana-mana pemimpin Islam dan negara Islam mereka hapuskan, namun musuh sebenar umat manusia masih berdiri tegak disitu dan melakukan segala kejahatan tanpa ragu-ragu.

Berapa lamakan masa diperlukan untuk keamanan sebenarnya di Palestin? Selagi ada Israel, selagi itulah tidak akan ada keamanan dunia. Selagi Amerika berkuasa selagi itulah ia akan terus jadi proksi Israel untuk menghancurkan kekuatan Islam.

Malangnya bila kita juga turut mengenakan kaca mata sama seperti yang ditempa oleh barat dan Yahudi Zionis memandang pemimpin dan negara Islam lain didunia. Bimbangkan kebangkitan semangat perjuangan Islam akan lahirkan simpati kepada Osama, maka kuburnya pun tidak ingin kaum kafir itu membiarkannya dibina.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor