Pages

Monday, May 23, 2011

Ahmad Azmey Tokoh Guru Pahang


Pengarah Pendidikan dan Latihan Felda, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib (gambar) dinobatkan sebagai Tokoh Guru Pahang sempena sambutan Hari Guru tahun ini.

Anak kelahiran Kampung Benta, Langgar, Pekan, berusia 60 tahun itu, merupakan bekas Pengarah Pelajaran Pahang pada 2004. Katanya, anugerah itu sebagai penghargaan ke atasnya yang masih meneruskan sumbangan dalam bidang pendidikan walaupun bersara empat tahun lalu.

"Saya tidak menyangka akan dipilih sebagai tokoh guru kerana masih ramai guru berpengalaman dan sumbangan mereka berbanding saya. Bagaimanapun, saya bersyukur dan akan terus memberikan sumbangan dalam memajukan sistem pendidikan negara ini," katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Guru peringkat negeri, di sini semalam.

Majlis yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob itu turut dihadiri Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad.

Dalam pada itu, Ahmad Azmey turut menasihatkan para guru supaya menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan.

"Bukan ganjaran yang diharapkan, tetapi keikhlasan diperlukan dalam mendidik anak bangsa dan mereka akan merasai nikmatnya atau kepuasan apabila anak didik mengecapi kejayaan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor