Pages
▼
Saturday, April 16, 2011
SIDANG DUN PAHANG (3): ADUN Semantan Sabotaj PAS?
Syed Ibrahim Syed Ahmad yang memenangi PRK DUN Kerdau, 6 Mac lalu, telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Wisma Sri Pahang.
Majlis mengangkat sumpah itu diadakan di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat DUN Pahang Kali Ke-12.
Semasa persidangan DUN, beliau mendapat banyak ucapan tahniah dari Ahli-ahli yang berhormat. Kehadiran beliau disenangi oleh ahli-ahli yang berhormat yang lain kerana sebelum ini beliau banyak berceramah di kawasan-kawasan Ahli yang berhormat tetapi kini bersama-sama dengan ahli yang berhormat yang lain dalam persidangan dewan.
Dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau yang lalu pelbagai cara dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk memenangi kerusi tersebut termasuk membawa pelawak Bob Lokman. Namun jika diamati apa yang Bob Lokman boleh bantu membawa pembangunan dan menyelesaikan masalah penduduk. Kalau setakat mahu melawak, baik tidak payah datang Pahang lah!.
Dalam Sidang DUN baru-baru ini, ADUN Ibam, YB Sahfri mengucapkan ribuan terima kasih kepada ADUN Kuala Semantan kerana membantu kemenangan BN kerana dilihat menghadiri program yang diadakan. Bukan kita mahu lagakan PAS dengan ADUN Kuala Semantan tetapi mungkin dihatinya ikhlas mahu bantu anak saudaranya menang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor