Pages

Saturday, April 16, 2011

SIDANG DUN PAHANG (1) : PAS Talam Dua Muka


ADUN PAS dari Beserah dan Kuala Semantan ucap terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional kerana menjalankan tanggungjawab membangunkan kawasan yang dimenangi oleh PAS.

YB Kuala Semantan berkata kawasan beliau adalah kawasan Bandar Temerloh, banyak pembangunan yang berterusan dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. ADUN Kerdau, Syed Ibrahim kata “kalau Temerloh sudah banyak pembangunan, bawalah pembangunan pula ke DUN Kerdau”.

Pujian yang melambung-lambung oleh ADUN Kuala Semantan (PAS) kepada Kerajaan Barisan Nasional menyebabkan suara beliau seolah-olah bukan lagi mewakili parti pembangkang. Almaklumlah dulu dia adalah Ahli UMNO, mungkin di hatinya masih ada UMNO. ADUN Lanchang, Dato’ Sharkar Shamsudin menyeru beliau menyokong BN.

YB Beserah pula memuji kerajaan Barisan Nasional kerana banyak membina infrastuktur di kawasan DUN Beserah. Hal ini menyebabkan ADUN Luit, Dato’ Ahmad Munawar berkata kepada ADUN Beserah : “berkata benarlah walaupun ianya pahit”. “Mana yang betul katakanlah betul” tambahnya lagi.

Tapi mereka ini jenis ‘talam dua muka’ kerana dalam Sidang DUN mereka memuji dan berterima kasih kepada Kerajaan BN tetapi di depan penyokongnya mereka memburukkan Kerajaan BN kerana takut hilang undi.

Kita rasa simpati kepada pengundi Kuala Semantan dan Beserah yang telah termakan dengan janji-janji manis semasa pilihan raya umum yang lalu. Kini terbukti mereka tidak mampu membantu rakyat dan mereka tiada inisiatif sendiri untuk menyelesaikan tuntutan dan permasalahan rakyat.

Adalah lebih baik penduduk DUN Kuala Semantan dan DUN Beserah membalas balik pembohongan janji manis mereka dengan cara tidak memberi undi kepada PAS dalam PRU ke 13 nanti.

Jangan ingat penduduk DUN Kuala Semantan dan DUN Beserah ‘bodoh’, mereka telah sedar kesilapan mereka. Mereka akan pastikan BN menguasai kembali DUN Kuala Semantan dan DUN Beserah

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor