Pages

Saturday, April 9, 2011

RAKYAT SARAWAK MENOLAK PEMBANGKANG


Penamaan Calon DUN N15, Muara Tuang



KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama sekutunya, DAP dan PAS semalam melancarkan manifesto pilihan raya negeri ke-10 bertemakan 'Ketuanan Rakyat' dan pada masa sama menamakan Pengerusi PKR negeri, Baru Bian sebagai Ketua Menteri jika mereka berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri, 16 April ini.
Walaupun hanya memenangi satu kerusi pada pilihan raya negeri 2006 berbanding DAP yang membolot enam kerusi, perkembangan terbaru itu menunjukkan PKR seolah-olah parti pembangkang paling berkuasa di Sarawak kerana mampu menentukan siapa bakal Ketua Menteri jika menang pilihan raya nanti.

Bagi penganalisis politik, impian pakatan pembangkang itu ibarat 'omong kosong' kerana mood semasa menunjukkan rakyat Sarawak masih melahirkan keyakinan kepada BN untuk terus memacu pembangunan negeri ini.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir, berkata kajian yang dilakukannya mendapati BN akan terus membentuk kerajaan negeri berdasarkan perubahan dilakukan dengan menampilkan calon muka baru...... - Berita Harian Online




Sepanjang berada di Kuching, kami melihat tidak ada sebarang tekanan terhadap pengundi dalam menentukan calon pilihan mereka dalam pilihanraya kali ini. masih tidak banyak banner dan bendera parti-parti yang bertanding dipamirkan. Kempen dan ceramah-ceramah pilihan raya dari pihak pembangkang juga tidak mendapat sambutan rakyat.

Benarlah kata seorang sahabat dari Sarawak ini bahawa rakyat Sarawak cintakan kedamaian. Mereka masih kuat berpegang kepada pendapat bahawa BN adalah kerajaan. Mungkin ada beberapa kerusi yang akan berpindah kepada pembangkang, namun untuk membentuk kerajaan itu hanyalah satu angan-angan.

PKR hanya menang satu kerusi dalam 2006 lalu namun berlagak seolah-oleh merekalah ketuanya yang berhak menentukan dalam pembahagian kerusi kali ini. Bahkan PKR telah menamakan Baru Bian sebagai KM Sarawak jika Pakatan memenangi pilihan raya ini.

Kita percaya bahawa mereka sedar bahawa mereka sedang mencipta mimpi. Mereka sedar bahawa mereka tidak akan memenangi pilihan raya ini, namun apa yang mereka inginkan hanyalah mencuri satu demi satu kerusi setakat yang termampu. Mereka hanya menanamkan harapan kepada rakyat sarawak dengan harapan mereka diberi kepercayaan hanya untuk bertapak semata-mata.

Pakatan Pembangkang tidak akan mampu membuat apa-apa perubahan sebenarnya, yang ingin mereka lakukan adalah untuk memberikan tekanan kepada kerajaan yang memerintah untuk sentiasa memberi dan menerima permintaan mereka supaya mereka akan dilihat sebagai juara, sebagai pejuang kepada rakyat. Pakatan Pembangkang hanyalah tokoh pembohong besar, semoga rakyat Sarawak tetap teguh bersama BN dan benamkan petualang dari Pakatan yang menganggu-gugat kestabilan.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor