Pages

Thursday, April 14, 2011

PM Popular Di Sarawak.





PM Najib sangat popular di Sarawak. Konsep 1Malaysia beliau yang tidak mengenepikan mana-mana rakyat Malaysia telah menusuk kalbu rakyat. Di Sarawak, menurut Jocelyn Tan, kolumnis The Star mengatakan populariti Datuk Seri Najib meningkat hingga 87%. 

PM yang terlalu popular di Sarawak ini pula kerap berkunjung ke Sarawak membantu jentera pilihanraya BN. Tindakkan beliau pula ditohmahkan oleh pembangkang sebagai tanda-tanda BN semakin lemah di Sarawak. Malah dakyah ini juga turut digunakan dalam hujah seorang blogger mengaku UMNO tapi pro-pembangkang. Macam mana tu?

BN jauh dari lemah. SUPP mungkin kurang bernasib baik kerana DAP menunjukkan tanda-tanda mereka semakin diterima dikalangan kaum Cina. Namun kehadiran PM yang kerap mungkin mengundang upset disesetengah DUN yang dianggap sudah menjadi kubu DAP. Jadi PM sebenarnya 'meminjamkan' populariti beliau kepada SUPP, parti kaum Cina Sarawak. 

Populariti PM bukan hanya dikalangan pengundi Melayu dan India, juga kaum Cina yang nampak ada rasionaliti, liberalisasi dan kebolehan PM mengemudi ekonomi. Mengapa bising 'mountain' move to Sarawak? Bagainama dengan 'mountains' dalam pembangkang? Anwar dah lama berkampung di Sarawak, tak tahulah samada kerana takut ditanya pasal 'O-mega', atau 'China Doll' jika pulang ke Semenanjung, atau benar-benar ingin memenangkan PKR. Mungkin dua-dua,

Lim Kit Siang juga telah lama berkampung di Sarawak. Saya jadi hairan mengapa blogger UMNO boleh pro-pembangkang. Katanya hendak memberi kritikan membina tapi ok jika pembangkang buat, tak ok kalau BN buat.

Begitu juga dengan isu memberi peruntukkan. Jika BN mengumumkan sesuatu imbuhan, pembangkang buat bising. Blogger UMNO pro-pembangkang akan melantuni suara pembangkang. Kononnya nak teluslah tapi apa yang blogger UMNO pro-pembangkang tak nyatakan bagaimana dengan janji RM600, RM400 dan RM1000 yang DAP buat? Jadi BN buat berdosa, pembangkang buat mulia.

Mari kita dengar lagu P.Ramlee, tanya sama hati apa tanda sayang, kalau dah tak sayang UMNO masuklah PKR, Dato' Fauzi sedang menunggu sebab selalunya exodus UMNO ke PKR dari orang-orang bekas.. opps.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor