Pages

Saturday, April 9, 2011

PEMBANGKANG YANG BANKRAP IDEA!!!


Bila berbicara mengenai Pakatan Pembangkang ni, memang diorang tak boleh diharap lansung. Laungan Ketuanan Rakyat hanya retorik semata - mata.

Macam mana kita tak boleh nak kata ianya retorik sebab mereka sendiri mengamalkan sikap cakap tak serupa bikin.

Hri ni cakap lain, esok lain pulak. Itu pun tahan lagi. Belum masuk putar belit tahap tertinggi yang biasa digunapakai oleh Ketua Penipu itu.

Dimulut dan dalam kertas, mereka kata mereka memperjuangkan rakyat kononnya. Mereka mementingkan kebajikan rakyat la sangat.

Tapi bila tiba dipentas - pentas ceramah, lain pulak yang sering dilaung - laungkan. Itu yang menjadi persoalannya.

Mereka gunakan kesempatan berdiri di pentas ceramah untuk menabur fitnah dan menjaja spekulasi yang tiada sempadan.

Kalau dengar ceramah Wan Azizah di DUN Satok semalam, dia hanya menceritakan mengenai skandal video seks suaminya sahaja. 

Yang jelasnya Wan Azizah hanya hadir dalam sesi berkempen di Sarawak ini bukan nak memperjuangkan rakyat. Tapi sebaliknya hanya memperjuangkan suaminya sahaja.

Macam - macam teori konspirasi yang diutarakan oleh Wan Azizah. Konon semua yang berlaku hanya satu konspirasi jahat semata - mata.

Itu yang nak dijajakan kepada rakyat? Dalam menifesto tulis macam - macam. Tapi penerangan satu habuk pun tarak. Apa guna buat menifesto? Baik buang je dalam tong sampah atau buat bungkus nasi lemak, lagi baik.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor