Pages

Monday, April 11, 2011

Omega : Anuwar Naik Angin Enggan Jawab...



Sungguh memalukan kerana orang tanya elok-elok tapi dia melenting pula. Kalau dia tak buat, apa pasal nak marah-marah. Macam inikah mahu jadi pemimpin No 1 Malaysia. Itu baru seorang wartawan tanya, perempuan pula tu, dia sudah takut. Mungkin selepas ini ramai lagi wartawan yang akan tanya. Mungkin wartawan oversea pun akan kejar dia satu masa nanti.

Yang hairannya dia buat sidang media tetapi tak mahu jawab soalan yang diajukan media. Kalau tidak mahu jawab, tutup saja lah sidang media dan lari balik. Buat malu sahaja, kalau nak adakan sidang media sekadar mahu glamour baik tak payah buat.

Sudahlah dia tidak mahu jawab, dia memusing pula soalan tu. Dia menuduh pula wartawan jadi perkakas UMNO. Dia pusing kata 'bila polis minta'. Soalan bukan polis minta....soalannya mana jam itu. Anuwar buli wartawan perempuan dan lari dari jawab soalan.

Sepatutnya Anuwar jawab saja soalan itu, kita nak tahu di mana jam itu sekarang?. Samada jam itu ada di tangan Polis atau jam itu disimpan Wan Ajijah. Kalau Anuwar tunjuk saja jam tu, sudah tentu terjawab cerita. Orang tanya pasal jam, tak tanya pun pasal kes seks, yang dia putar soalan tu buat apa.

Omega oh omega...kalau sidang media bersama Wan Ajijah, 'gelabah' bila timbul soalan jam omega...sidang media bersama Anuwar pula 'tak mahu jawab'...selepas ini kami mahu tengok jam omega itu dan bukan nak tengok sidang media kecoh lagi...Yang hairannya ada lagi orang yang sokong orang seperti Anuwar ini...

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor