Pages
▼
Sunday, April 10, 2011
NIK AZIZ SOKONG 1 MALAYSIA
PEKAN, 9 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menunjukkan simbol 1 Malaysia kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (tiga, kiri) dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kanan) semasa mencuba keselesaan motosikal modenas terbaru yang dipamerkan selepas merasmikan Kompleks Pemasaran Setempat, Taman Automatif Pekan di sini hari ini.
Nik Aziz juga dilihat memakai baju berlogo 1 Malaysia. Sikap terbuka Nik Aziz ini sudah tentu akan menimbulkan kesangsian di kalangan pimpinan Pakatan Pembangkang. Seorang pengunjung yang terkejut dengan apa yang dilihatnya berkata "kalau dah Nik Aziz boleh pakai baju 1 malaysia ok la tu, moga-moga UMNO bersatu dengan PAS dan biarlah PKR dan DAP menjadi pencacai di seluruh negara".
Paling dikagumi adalah akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Dato' Seri Najib kerana menghormati Nik Aziz dengan memimpinnya ketika menuruni tangga. Nampak jelas bahawa Dato' Seri Najib adalah seorang pemimpin berjiwa besar dan tidak simpan dalam hati walaupun Nik Aziz pernah doakan agar Dato' Seri Najib 'pecah-perut'."Sejuk mata memandang lihat dua pemimpin utama ini seiring dan sejalan".
Namun kita agak kecewa dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang mahu mencari nama, mereka menuduh macam-macam kepada kerajaan tanpa bukti yang kukuh. Mereka sanggup pusing satu Malaysia memburuk-burukkan kepimpinan negara dan negeri serta menaburkan janji-janji palsu sedangkan janji-janji pilihan raya yang lalu belum ditunaikan. Politik itu suci janganlah gunakan politik untuk menipu.
1 comment:
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor
Tak pasti apa cerita di sebaliknya, tetapi ramai rasanya yg sejuk hati lihat pemimpin besar kaum Islam - Najib & Nik Aziz - boleh berbaik macam tu di satu acara. Memang ramai yang resah dengan perpecahan Melayu sekarang... tak kisah lah UMNO ke PAS ke, akhirnya sesama rugi. Malaysia nama aja agama rasmi Islam, tetapi kehormatan sebagai Negara Islam semakin hari semakin kelam di tanahair sendiri.
ReplyDelete