Pages
▼
Wednesday, April 6, 2011
Janji Kerajaan Kepada Rakyat
KUALA KRAU 5 April - Kerajaan akan meneruskan usaha membantu membaiki dan membina rumah baru terhadap keluarga miskin menerusi Program Bantuan Rumah (PBR) di negeri ini.
Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, hasilnya sehingga akhir Februari lalu, sebanyak 38 rumah PBR telah dibina dan diserahkan kepada pemilik dalam Parlimen Kuala Krau.
Ekoran itu tegasnya, dasar kerajaan itu dalam membantu golongan miskin adalah antara yang terbaik dan sering dijadikan contoh oleh negara-negara membangun yang lain.
''Ini kerana ternyata PBR dapat membela kebajikan rakyat seperti yang dijanjikan oleh kerajaan,'' ujarnya.
Ismail menjelaskan demikian kepada Utusan Malaysia selepas melawat kediaman rumah pasangan warga emas di Kampung Baru Gunung Senyum dekat sini baru-baru ini.
Penderitaan yang dialami oleh Mat Suhor Ahmad, 75, dan isterinya, Zawiah Mat, 73, mendapat perhatian pihak kerajaan setelah masalah rumah mereka terlalu uzur dan perlu diperbaiki segera disiarkan di media baru-baru ini.
Hasilnya, mereka bakal menduduki rumah baru yang dibina menerusi PBR. Sementara itu, Mat Suhor melahirkan rasa syukur kerana dia sekeluarga kini boleh tinggal di rumah lebih selesa.
Sumber: Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor