Peratus pengundi yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang kawasan Kerdau adalah 36.25 peratus atau kira-kira 3,262 orang setakat pukul 10 pagi ini.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, SPR menyasarkan peratus pengundi yang keluar mengundi bagi pilihan raya kecil ini adalah lebih 80 peratus.
Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Kuala Tekal di Kuala Krau di sini pada pukul 8.20 pagi tadi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor