KUALA KRAU, 4 Mac – Calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata beliau mendapat reaksi positif daripada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan yakin mendapat sokongan penuh daripada penduduk kerana kehadirannya di sambut baik masyarakat setempat.
Beliau berkata, peningkatan sokongan itu dapat dilihat daripada setiap kali hadir pada majlis atau menziarahi penduduk pada sesi kempen pilihan raya kecil DUN tersebut. “Hari ini masuk hari ketujuh berkempen, saya lihat sokongan bertambah dan ini dapat dilihat ketika kami bertandang ke tempat mereka sambutan yang diberi amat baik.
“Banyak tempat telah kami kunjungi bagaimana pun kita perlu ulang balik agar mereka tidak lupa,” katanya ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri bersama masyarakat di Kampung Ketam, di sini.
Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau berkata, masyarakat Kerdau inginkan pembangunan yang seimbang antara fizikal dan spiritual. “Pembangunan yang seimbang bukan sahaja diperlukan di Kerdau tetapi juga masyarakat di tempat lain. Pas sering membahagikan perkara tersebut. Iitulah politik mereka. Hakikatnya kita perlukan kedua-duanya sekali,” katanya.
(Sumber: http://1kerdau.wordpress.com/)

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor