KUANTAN, 29 Mac: Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan yang dikenali dengan Fu Zi Ah kerana berjaya mengalahkan Fu Ah Kiow dalam pilihan raya umum yang lalu tiba-tiba muncul kembali di Kuantan setelah sekian lama mendiamkan diri. Barangkali Fuziah sedang merancang bagaimana mahu menawan kembali hati penduduk Kuantan yang kecewa dengan perkhidmatan beliau.
Selepas menang pilihan raya umum yang lalu dan di awal perkhidmatannya sebagai Ahli Parlimen, Fuziah ada mengatakan "sudah pasti saya kena bekerja empat kali ganda kerana memikul tugas ketiga-tiga DUN. But i will do my best. Saya akan handle semua aduan".
Namun itu semua adalah hangat-hangat tahi ayam!. Tidak beberapa lama selepas itu beliau dilihat banyak berada di kawasan pada hujung minggu sahaja kerana menghadiri sidang Parlimen dan suami beliau bertugas di luar Pahang. Beliau juga banyak berada di kawasan Pilihan Raya Kecil daripada membantu penduduk di kawasannya.
Fuziah tiada inisiatif untuk menyelesaikan sendiri masalah rakyat sebaliknya menjadikan ianya isu untuk meraih simpati politik. Fuziah satu ketika lupa daratan dan mencabar ADUN BN meletak jawatan jika tidak boleh menyelesaikan masalah rakyat.
Fuziah pernah berkata "jika permasalahan rakyat melibatkan perkara-perkara setempat, sememangnya tugas ADUN untuk menyelesaikannya. Sebab itu sebagai Ahli Parlimen saya akan bekerjasama dengan ADUN. Saya akan bagi mereka date line. Kalau mereka tidak peduli, saya akan cabar mereka letak jawatan. Sebab apa gunanya menjadi wakil rakyat jika tidak boleh selesaikan masalah rakyat".
Persoalan sekarang siapakah beliau untuk mengarahkan ADUN BN letak jawatan. Sepatutnya beliau yang sepatutnya letak jawatan kerana gagal menjalankan tugas dengan baik sebaliknya menggunakan isu-isu untuk menutup kelemahannya.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor