Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin
Biro ICT Perhubungan UMNO Pahang, yang dipengerusikan oleh YB. Dato Mohd Sharkar Shamsuddin, dilaporkan mengadakan mesyuaratnya di Resthouse Bentong malam lalu (28.3.2011). Antara yang dibincangkan adalah mengenai strategi dan peranan yang akan dimainkan oleh media sosial Pahang pada PRU akan datang serta bagaimana penglibatan rakyat pengamal media sosial berkenaan dapat digabungkan dan ditentukan arahtujunya menjelang PRU nanti
Banyak pihak melihat bahawa agenda ini dilakukan bagi mengimbangi apa yang telah dilakukan oleh pihak pembangkang khususnya Pas yang telah menganjurkan seminar media sosial di Temerloh tidak lama dulu. Namun pelan yang UMNO lakukan ini lebih menyeluruh dan terancang dan mampu menarik rakyat menuju ke arah yang sama serta meninggalkan pembangkang dengan retorik dan omong kosong mereka.
Pelan yang dirancangkan ini akan digerakan ke peringkat bahagian dan seterusnya cawangan-cawangan UMNO dimana kekuatan sebenarnya akar umbi berada. Perancangan ini dijangka akan dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO seterusnya membantu kemenangan UMNO dalam PRU13 nanti. Dengan slogan 'Media Sosial - Media Rakyat' (merakyatkan media sosial) banyak pihak berpendapat ianya akan mampu menarik sokongan terutamanya generasi muda yang sangat rapat dengan dunia Internet.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor