Pages

Monday, February 14, 2011

Anwar Gentar Di Mahkamah

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai dua pilihan sama ada mahu menetap di Washington atau kembali ke tanah air bagi menghadapi perbicaraan kes liwat.

Kenyataan tersebut hadir ketika pelbagai pihak kini mendedahkan ketua pembangkang itu sedang merancang melarikan diri ke luar negara bagi mengelak perbicaraan kes liwat kerana bimbang beliau akan dipenjara.
Anwar berkata demikian semasa berucap pada forum The Future of Democracy in the Islamic World, anjuran sebuah badan pemikir Amerika Syarikat, New America Foundation yang berpangkalan di Washington DC, Amerika Syarikat, Khamis lalu.


“Saya boleh pilih untuk tinggal di sini (Washington) dan tidak kembali ke Malaysia, tetapi pilihan telah dibuat. Satu kaki saya di Parlimen dan satu kaki lagi di penjara. Saya harus balik ke Malaysia esok dan perlu muncul di mahkamah pada 14 Februari.

Sumber: Utusan Malaysia

Anwar Ibrahim sudahpun muncul di Mahkamah. Apa pula alasan beliau kali untuk menangguhkan kesnya. Dengar kabar Karpal pun dah ketandusan idea betul ke hehehe.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor