Pages

Wednesday, January 12, 2011

PAS TAKUT KEPADA KEBENARAN!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Dalam laporan portal pembangkang hari ini, Pesuruhjaya PAS Selangor dilihat memberi sokongan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dilantik.

Walaupun perlantikan Datuk Khusrin Munawi itu diselubungi banyak spekulasi, namun bagi Datuk Dr. Hassan Ali, ianya boleh diselesaikan secara aman.

Oleh kerana Hassan Ali terbuka menerima lantikan tersebut, jelas pemimpin PAS lain tidak bersetuju.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Mustafa Ali sekali lagi mengingatkan Dr. Hassan Ali agar patuh kepada pendirian PAS.

Beliau mengingatkan Hassan Ali mengenai pendirian pimpinan PAS sebelum ini untuk menyokong sepenuhnya keputusan Kerajaan Negeri dalam isu tersebut.

Jelas, PAS semakin hari semakin takut untuk menegakkan kebenaran. Jelas pendirian mereka sudah berubah sama sekali. Mereka lupa kebenaran itulah yang perlu ditegakkan. Bukan diatkuti.

PK.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor