
Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.
Kalau puak pembangkang baca artikel ni, mesti mereka akan kata orang UMNO terdesak, tak nak Nik Aziz bocorkan rahsia.
Tetapi dipihak mereka sebenarnya turut dahagakan kebenaran dari Nik Aziz mengenai pertemuan dengan PM dan TPM bulan lepas.
Setakat ini kita hanya dengar cerita dari pemimpin - pemimpin lain dari kalangan PAS kononnya mereka tahu cerita sebenar.
Kalau mereka tahu, jadi secara tak lansung Nik Aziz dah bagitau pada mereka. Kesimpulannya Nik Aziz tak berpegang pada kata - kata beliau.
Jika ianya benar, maka persoalan yang perlu ditanya ialah masih layakkah Mursyidul Am PAS itu digelar sebagai Tok Guru?
Atau adakah beliau akan keluar dengan fatwa baru bagi membolehkan cara untuk beliau mendedahkan isi pertemuan tersebut? Kita tunggu dan lihat nanti.
PK.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor