Saat diumumkan kemenangan
Sidang akhbar TPM selepas diumumkan kemenangan BN
Akhirnya BN menang dengan majoriti 3707, lebih besar dari dahulu walaupun dalam keadaan basah oleh hujan lebat dan banjir di sekitar Labis.
Calon BN Azhar Ibrahim mendapat 6699 undi manakala penentangnya Cikgu Mala hanya mendapat 2992 undi. Bagaimanapun majoriti kemungkinan menjadi lebih besar sekiranya lebih ramai yang keluar membuang uindi, ini berikutan trend orang-orang Melayu kembali menyokong UMNO dan BN.
Apapun, tahniah kepada pihak berkuasa yang dapat mengawal keadaan agar sentiasa tenang dan para pemilih dan membuang undi dalam suasana tenteram.
Bukan sedikit sumbangan yang diberikan yang diberikan oleh pasukan keselamatan semasa kempen pilihanraya DUN Tenang ini, selain dari memastikan suasana aman siang dan malam mereka juga bertugas dengan cekap dalam operasi bantuan dan memindahkan mangsa-mangsa banjir.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor