Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 18, 2019

EDAR KOMIK PROPAGANDA UNTUK MURID SEKOLAH, AGENDA TERSIRAT DAP






Tindakan mengheret minda kanak-kanak dan pelajar sekolah adalah satu tindakan yang amat biadap, tempelak Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan.

Bidasnya, sekarang parti Dap sudah menjadi kerajaan tetapi masih terus menerus menyebar propaganda yang mengagung-agungkan mereka hingga melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Kalau sebelum PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) dulu Dap cukup rancak berkempen untuk hasut minda kanak-kanak supaya benci pada kerajaan. Ingat lagi tak nyanyian hebat Lim Guan Eng lagu ABCS GST dulu?

“Komik ini juga memberi bayangan bahawa kerajaan Malaysia hipokrit dalam layanan kepada komunis dan memburuk-burukkan kerajaan lama.

“Apa agenda tersirat Dap dalam perkara ini? Adakah ini dasar pendidikan kerajaan Pakatan Harapan? Soalnya dalam satu hantaran di Facebook.

Tular hari ini sepucuk surat kebenaran dan beberapa helaian muka surat komik tersebut yang menyiarkan propaganda mengagung-agungkan Dap, memberi bayangan bahawa kerajaan Malaysia hipokrit dalam layanan kepada komunis dan memburuk-burukkan kerajaan lama serta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta keluarga beliau.

Zahida juga memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dan mengambil tindakan segera.

“Ini serius.

“Jangan biarkan minda anak-anak kita dihasut dan diberi ‘doktrin’ unsur-unsur yang tidak sihat,” tegasnya lagi.


0 comments:

share2