Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 19, 2019

ORANG YANG CELARUKAN MARUAH MAHU ANJUR KONGRES MARUAH MELAYU? TERNYATA POLITIK SEMATA-MATA







Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi melihat agenda Kongres Maruah Melayu yang didokongi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya kepentingan politik semata-mata.

Katanya dalam satu lontaran di Facebook, ia dibuat semata-mata mahu menimbal balas Piagam Muafakat Nasional yang didokong oleh dua parti terbesar orang Melayu iaitu UMNO dan PAS.

“Pada saya kongres yang benar-benar bebas dan diiktiraf ialah Kongres Cendikiawan Melayu dan Kongres Ekonomi Bumiputera.

“Justeru kongres ini dipertikaikan kerana di belakangnya ialah ahli politik yang maruahnya sendiri tercalar,” tegasnya.

Dr Puad berkata demikian merujuk kepada sebuah gambar yang tular di media sosial, mesyuarat jawatankuasa pelaksana ‘Kongres Maruah Melayu’ yang kelihatan pengerusinya ialah Datuk Hamzah Zainuddin dan di sebelahnya Datuk Dr Latif Ahmad di mana kedua-duanya orang politik yang melompat parti ke parti yang mencelarukan ‘maruah’ Melayu iaitu PPBM.

“Mesyuarat itu diadakan pula di Pejabat Gerbang Perdana milik Datuk Yahya Jalil iaitu kroni Tun Mahathir (Mohamad),” dakwanya lagi.

Justeru, Dr Puad berpendirian Piagam Muafakat Nasional sememangnya sudah cukup komprehensif untuk dijayakan bagi menjaga maruah agama, maruah ummah dan maruah rakyat yang berbilang kaum.


0 comments:

share2