Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 22, 2019

JANGAN LEKA DENGAN ISU TERKINI, PH SENGAJA ALIH ISU YANG TAK SELESAI





Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib mengingatkan masyarakat umum agar tidak terleka dengan isu-isu terkini sehingga melupakan isu-isu sebelumnya yang melingkari kerajaan Pakatan Harapan (PH).




Bidasnya, masih banyak isu-isu yang masih belum PH selesaikan bahkan menambah isu untuk dialihkan perhatian rakyat.

“Dalam sibuk membicarakan isu Zakir Naik, Utusan Malaysia dan Jalur Gemilang dipasang terbalik, jangan sesekali kita lupa terhadap isu-isu yang masih belum selesai.

“Kes semburit Menteri Ekonomi PH, isu Exco Dap Perak yang dituduh merogol amah, kes bunuh ahli bomba Adib di depan kuil, kes bunuh Syed Danial di jalan raya, kes hina Nabi Muhammad SAW oleh Wendy Loong.

“(Begitu juga) kes hina tentera dan penjawat awam oleh ‘funder’ PH-Dap, isu kegagalan PH tunai janji nak tutup Lynas dan isu tentangan Dong Zong terhadap tulisan jawi,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim itu dalam satu hantaran di Facebook.

Malahan katanya, rakyat digesa agar jangan lupa penipuan yang dilakukan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kononnya wang bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dirompak.

“Dan banyak lagi isu lain yang nampaknya cuba dialihkan. Itu saja saya nak ingatkan,” tambahnya lagi.


0 comments:

share2