Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 6, 2019

PENARIKAN DIRI MALAYSIA DARIPADA STATUTE ROME PERLU DIREKODKAN DI PARLIMEN - ISMAIL SABRI






Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu keputusan kerajaan berhubung penarikan diri daripada menyertai Statute Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) direkodkan di Parlimen.

Sehubungan itu katanya perkara berkenaan akan dibangkitkan pada Isnin nanti di Parlimen walaupun perkara tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad supaya perkara berkenaan lebih jelas.

“Sebab itulah di Parlimen Isnin nanti saya akan bangkitkan keputusan kabinet menarik balik mengenai Statute Rom. Ia perlu diumumkan di dalam Parlimen oleh pihak kerajaan sama ada Perdana Menteri atau menteri luar agar kita jelas perkara terbabit dan ianya direkodkan… dan keduanya perjelaskan kepada kita secara ‘detail’ apa prosedur-prosedur peraturan yang hendak diikuti,” katanya kepada UMNO-Online, di sini Jumaat.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah dimeterai negara.

Tegas Ismail Sabri yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, ini bermakna negara memerlukan pembangkang yang kuat dan tekanan daripada pembangkang serta pelbagai pihak kerana akhirnya kerajaan mengubah fikiran berhubung isu berkenaan.

“Tindakan menandatangani Statute Rom yang dibuat tanpa merujuk kepada Majlis Raja-raja merupakan satu tindakan yang bertentangan dan melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana di dalam Perlembagaan jelas mana-mana perkara yang melibatkan kepentingan Raja-raja Melayu, hak Raja-Raja Melayu ianya mesti dibawa ke Majlis Raja-Raja dan diperkenankan oleh Majlis Raja-raja baru boleh ditandatangani dan sebagainya.

“Jadi perkara ini tidak dilakukan seolah-olah terlalu terburu-buru hendak ditandatangan. Parlimen pun tidak dimaklumkan… sepatutnya isu yang besar seperti ini perlu dibahaskan di dalam parlimen dan dirujuk kepada Raja-raja Melayu tetapi dua perkara ini tidak dilakukan. Kita hanya tahu selepas ditandatangan.

“Berbeza dengan ICERD cadangan untuk tandatangan sebelum dimaklumkan kepada rakyat dan apabila rakyat membantah tidak diteruskan cadangan tersebut. Kali ini tandatangan dahulu baru dimaklumkan.”

Tambahnya lagi negara-negara lain seperti negara jiran di Asia Tenggara selain daripada Cambodia pun belum menandatanganinya.

“Singapura belum tandatangan, Thailand, Brunai dan tiba-tiba kita terlalu cepat, malah Filipina sebuah negara yang telah pun menandatangani sekarang ini keluar. Kuasa besar tidak tandatangan seperti Amerika Syarikat tidak tandatangan, Rusia tidak tandatangan, China tidak tandatangan, India tidak tandatangan dan ini bermakna bukanlah memberi kesan yang positif sangat kepada negara-negara… sebab itu kita hairan apa kesan positif kepada kita,” ujarnya lagi.


0 comments:

share2