Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 3, 2019

PAHANG TEGAS DALAM PENGUATKUASAAN PENCEROBOHAN TANAH CAMERON HIGHLANDS






Cameron Highlands, 3.4.2019 : Kerajaan Pahang perlu tegas dalam tindakan penguatkuasaan ke atas tanah di Cameron Highlands khususnya di kawasan tadahan air Terla sejak 25 Februari lepas.


Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata permintaan para pekebun kecil berkenaan tidak dapat dilayani, demi memelihara alam sekitar daripada tercemar seterusnya bagi menjamin bekalan air terawat yang berterusan untuk keperluan kira-kira 70 peratus penduduk Cameron Highlands


Dato’ Sri Wan Rosdy berkata demikian sebagai reaksi kepada permintaan Persatuan Pekebun-pekebun Kecil Kuala Terla Cameron Highlands agar Kerajaan Negeri tidak meneruskan fasa kedua kerja-kerja penguatkuasaan berkenaan, yang dijangka bermula pada 1 April.


Dato’ Sri Wan Rosdy menegaskan bahawa, tindakan penguatkuasaan berkenaan ialah ekoran pekebun-pekebun terbabit telah mengerjakan kebun-kebun tersebut di dalam kawasan tadahan air Terla hingga mencemarkan air Sungai Ichat di situ.


Oleh kerana pencemaran tersebutlah maka Loji Rawatan Air (LRA) yang dibina dan beroperasi sejak 2007 yang sepatutnya memperolehi sumber air mentahnya dari kedua-dua Sungai Ichat dan Sungai Terla yang berhampiran, terpaksa bergantung kepada Sungai Terla sahaja.


Pencemaran di Sungai Ichat terutamanya – pada satu bahagian sepanjang kira-kira 200 meter telah berlaku pencerobohan melampaui zon penampan di kedua-dua belah tebingnya; yang telah dilaporkan sendiri oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Parit dan Saliran (JPS).


Sumber dari Jabatan Alam Sekitar Cameron Highlands dalam kenyataannya memaklumkan:


1. Sungai Ichat merupakan anak sungai yang mengalir ke dalam Sungai Terla.Tedapat lebih kurang 60 buah kebun dalam kawasan seluas 60 ekar di sekitar Sungai Ichat telah dikenalpasti.


2. Sunggai Ichat akan mengalir masuk ke Sungai Terla ( downstream water intake Terla ) dan seterusnya akan masuk ke Sungai Telom sebelum memasuki Sungai Jelai.


3. Aktiviti sosioekonomi utama yang dikenalpasti di sepanjang Sungai Ichat dan Sungai Terla adalah aktiviti pertanian.


3. Aktiviti pertanian ( kebun sayur dan bunga ) yang tidak terkawal sehingga memasuki kawasan rizag sungai ( tiada zon penampan ) di tebing-trbing sungai telah mengakibatkan aliran masuk air permukaan ( mengandungi tanah, baja dan racun pertanian ) secara langsung mengakibatkan kemerosotan kualiti air sungai.


4. Bacaan Indeks Kualiti Air ( IKA ) bagi bulan januari 2019 di Stesen-Stesen Pengawasan Kualiti Air Sungai Terla adalah di paras 88 Kelas IIA iaitu ia memerlukan rawatan konvensional.


5. Bekas-bekas racun yang tidak diselenggara dan dibasuh mengikut kaedah yang ditetapkan menyebabkan racun-racun masuk ke sungai.Pengggunaan racun pertanian yang tidak terkawal dan jugga racun-racun pertanian yang tidak dibenarkan digunakan turut menyumbang kepada masalah pencemaran.Pengawasan penggunaan racun pertanian adalah di bawah Akta Racun 1952.

P
engurusan Air Pahang Bhd (PAIP) yang ketika itu ialah Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang, terpaksa mengambil keputusan untuk tidak mengalirkan air dari Sungai Ichat yang tercemar itu ke muka sauk, seterusnya ke LRA Terla.


Sungguhpun begitu, Sungai Terla yang menjadi penyumbang tunggal kepada LRA Terla dan ia adalah penyumbang 70 peratus bekalan air terawat kepada penduduk Cameron Highlands; kinipun sudah menghadapi masalah kekurangan air mentah.

LR
A Kuala Terla sebenarnya, berkapasiti antara 780 meter padu sejam dan 800 meter padu sejam tetapi ekoran air mentah dari Sungai Terla pun semakin berkurangan, ia hanya dapat memproses dan menjana antara 480 meter padu sejam dan 550 meter sejam sahaja.


Oleh itulah, keperluan air mentah dari Sungai Ichat sangat diperlukan untuk turut diproses oleh LRA Kuala Terla. Sebelum air mentah dari Sungai Ichat dapat dan selamat digunakan, pemulihan Sungai Ichat tentu perlu dilaksanakan dan ini akan mengambil masa sebelum air sungai tersebut boleh digunakan.


Sumber:  Jabatan Alam Sekitar Cameron Highlands.

0 comments:

share2