Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 4, 2019

[LIPIS] PENGUATKUASAAN JPNP MENANGANI PELOMBONG HARAM






Operasi Lombong 4.0 kali ini menyaksikan kejayaan apabila seramai tujuh “Orang Kena Tangkap” (OKT) warga asing telah ditahan ketika berada dalam kawasan lombong tanpa permit dan mereka diserahkan kepada Jabatan Imegresen untuk tindakan selanjutnya.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Dr. Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, pihaknya tidak akan memberi muka kepada syarikat dan individu yang melakukan aktiviti perlombongan dalam hutan simpan kekal di Negeri Pahang secara haram.

“Jabatan tidak akan berkompromi dengan syarikat dan individu yang terbabit dengan aktiviti perlombongan dalam hutan simpan kekal di negeri ini secara haram.

“Tindakan tegas menanti pihak terbabit, selain dikenakan denda peralatan dan jentera mereka turut akan dirampas,” katanya, hari ini yang mengulas kejayaan hari kedua Operasi Lombong 4.0 di daerah Lipis.

Selain dariapada JPNP, program empat hari ini turut disertai oleh 180 orang pegawai daripada pelbagai agensi termasuklah PTG, Polis Diraja Malaysia (PDRM), abatan Mineral dan Geosains (JMG); Pejabat Daerah dan Tanah Lipis; Jabatan Alam Sekitar (JAS); Badan Kawal Selia Air (BKSA); Jabatan Imigresen dan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Mohd Hizamri menjelaskan, pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap terhadap lebih 55 lombong dalam kawasan hutan simpan kekal dan tanah kerajaan seluas 60,000 hektar di daerah ini dalam tempoh dua hari operasi.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata lesen melombong bijih emas dan besi hanya dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG), manakala permit penggunaan hutan simpan bagi jentera dan pekerja dikeluarkan jabatan perhutanan.

Antara kegagalan syarikat perlombongan gagal memperbaharui lesen melombong bijih emas dan besi adalah kerana sikap cuai dan mengambil mudah terhadap aspek keselamatan dan pelesenan.

Syarikat perlombongan beroperasi tanpa lesen boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 dan akta pihak berkuasa lain.


0 comments:

share2