Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 13, 2019

UGUTAN KERAJAAN PH DI CAMERON HIGHLANDS: PERSATUAN ORANG ASLI SEMENANJUNG MALAYSIA PULA BUAT LAPORAN POLIS




Lipis: 13.1.2019:  Susulan tindakan  Senator Dewan Negara, Bob Manolan Mohamad menggugut Tok Batin yang tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) terus mendapat bantahan daripada Tok Batin di negeri ini yang tampil membuat laporan polis hari ini.


Laporan polis berkenaan dibuat oleh wakil Tok Batin iaitu Pengerusi Batin Pahang, Norya Abas di Balai Polis Sungai Koyan di sini.


Norya yang juga Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia berkata, kenyataan yang dibuat oleh Bob Manolan telah menimbulkan keresahan dalam kalangan Tok Batin di negeri ini.


Katanya, kenyataan yang bersifat mengugut juga telah mengguris hati tok batin yang sentiasa memberikan kerjasama kepada kerajaan dalam membangunkan Orang Asli.


"Tidak sepatutnya seorang Senator yang datang dari kaum kami sendiri mengeluarkan kenyataan yang sebegitu yang kami rasa merendahkan dan memperlekehkan kepimpinan batin-batin di seluruh negara.


"Tujuan saya dan rakan-rakan membuat laporan bagi membolehkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan terperinci dan mengenakan tindakan mengikut undang-undang," katanya.


0 comments:

share2