Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 22, 2019

TIMBALAN SPEAKER PARLIMEN NEGARA BOLEH SALAH-GUNAKAN NAMA TIMBALAN PERDANA MENTERI DALAM MAJLIS PELANCARAN PROJEK SWASTA? - NAJIB




Putrajaya, 22.01.2019: Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Ahli Parlimen PKR hari ini menafikan memberi kebenaran kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat PKR untuk membaca ucapan daripada TPM di sebuah Majlis pelancaran.


“Timbalan Perdana Menteri juga tidak mewakilkan kepada sesiapa untuk membaca teks ucapan beliau pada majlis tersebut."


“Teks ucapan yang dibaca pada pelancaran projek ini tidak pernah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri ataupun Pejabat Timbalan Perdana Menteri."


"Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak pernah sama sekali berkata bahawa kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada pelaksanaan projek EM-IIG,”


Dato' Sri Najib Razak dalam ruangan Facebooknya berkata, Timbalan Speaker Parlimen negara boleh salah-gunakan nama Timbalan Perdana Menteri negara di dalam majlis pelancaran projek swasta?


Adoi! Maka negara bertambahlah kucar-kacir.  Komen beliau

0 comments:

share2