Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 16, 2019

MANOGARAN MAIN HENTAM KROMO LAGI



Image may contain: 1 person, text



Sepertimana biasa, calon Pakatan Harapan (PH) dari DAP, Encik M.Manogaran ‘main hentam kromo lagi’ dengan dakwaan terbaharu kononnya pelantikan Ahli-ahli Majlis bagi Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) adalah atas dasar kroni dan pula yang bukan dalam kalangan orang tempatan.

Ternyata, ini adalah satu lagi fitnah yang dilemparkan olehnya demi untuk meraih undi bagi menghadapi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen P078 Cameron Highlands pada 26 Januari ini.

Jikalah beliau masih beriya-iya cuba untuk ‘menegak benang yang basah’ maka nasihat kita kepadanya ialah, sila buktikan dakwaannya.

Sedangkan hakikatnya ialah - pelantikan Ahli Majlis sudah semestinya dibuat dari dalam kalangan orang tempatan yang berada dalam Parlimen kawasan Cameron Highlands sendiri.

Kerajaan Negeri juga sangat teliti dalam soal ini (melantik Ahli Majlis) dengan memastikan, hanya mereka yang menetap dalam kawasan Cameron Highlands sahaja yang dipilih dan dilantik ke dalamnya.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga sangat mementingkan soal komposisi kaum dan jantina. Oleh itulah, dalam kalangan Ahli-ahli Majlis MDCH juga terdapat Orang Asli, wanita, golongan muda serta wakil badan-badan bukan Kerajaan (NGO).

Mengenai dakwaan beliau bahawa MDCH bermaharajalela lalu menetapkan bayaran letak kereta mahal;

Pertama-tamanya, bukan kesemua tempat letak kereta di Cameron Highlands dikenakan bayaran. Hanya di kawasan-kawasan tumpuan pelancong sahaja dikenakan bayaran tersebut iaitu di Tanah Rata, Brinchang dan Kea Farm.

Bagaimanapun, kawasan-kawasan penempatan penduduk seperti di Lembah Bertam, Ringlet, Habu, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja; tidak dikenakan bayaran letak kereta tersebut.

Pengenaan bayaran letak kereta itu pula sebenarnya termaktub di dalam Jadual Pertama, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (MDCH) 2016 yang mana bayaran atau caj ditetapkan ialah 60 sen setiap satu jam atau RM80 sebulan. 
Ekoran maklum balas orangramai sebelum ini lagi, MDCH bersetuju untuk menyediakan kupon 30 sen bagi setiap setengah jam, demi memudahkan mereka khususnya yang berurusan lalu menggunakan tempat letak kereta kurang daripada tempoh satu jam itu.

Kepada dakwaan kononnya pas bulanan yang diperkenalkan juga mahal, MDCH menawarkan diskaun 25 peratus ke atas mereka yang membayar untuk tempoh lebih daripada sebulan.

Sememangnya, dalam melaksanakan kutipan bayaran tempat letak kereta ini, tempohnya ialah antara 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dan dikenakan pada tiap-tiap hari termasuk cuti umum.

Rasionalnya ialah kerana, Cameron Highlands sebagai sebuah kawasan tarikan pelancongan maka MDCH perlu mengawal sistem Tempat Letak Kereta supaya berjalan lancar.

Dengan kawalan ini maka orangramai tidak akan meletak kenderaan sesuka hati atau di kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan, sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Disamping itu, kawalan ini membolehkan orangramai tidak meletak kenderaan persendirian mereka terlalu lama terutama peniaga yang seolah-olah menjadikan tempat letak kereta ‘milik sendiri’ sehingga menyebabkan orang lain tidak dapat meletakkan kenderaan di situ.

Adakah berkesan tindakan yang diambil oleh MDCH ini? Jawapnya ya. Sejak MDCH melaksanakan bayaran Tempat Letak Kereta pada 1 Oktober lepas, didapati orangramai terutama pelancong, lebih mudah untuk mendapat tempat letak kereta.

Dengan pengenaan bayaran letak kereta ini, hasil yang MDCH akan di‘pulangkan’ semula kepada orangramai yang mana hasil yang diperolehi dapat digunakan bagi pengurusan sisa pepejal yang lebih baik disamping dapat menambah pelbagai kemudahan awam untuk penduduk dan pelancong sekalian.

0 comments:

share2