AKIBAT mahu menutup kesilapan kerajaan Pakatan Harapan yang telah menjejaskan Petronas, menteri dan pegawainya sendiri menyatakan pendirian yang bertentangan antara satu sama lain.
Kenyataan bertentangan antara Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan penasihatnya Tony Pua itu menerima teguran dan sindiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Baru beberapa hari lalu, pegawai khas kepada Menteri Kewangan kata tindakan syarikat penarafan kredit antarabangsa Moody’s untuk menurunkan penilaian prospek Petronas daripada stabil kepada negatif. bukan satu ‘downgrade’,” kata Najib dalam satu tulisan ringkas di Facebook.
“Selang beberapa hari kemudian, Menteri Kewangan pula kata dia tidak setuju dengan langkah Moody’s untuk ‘downgrade’ penarafan Petronas.”
Najib menyindir dua kenyataan bertentangan ini terhasil akibat tiada perbincangan antara menteri dan penasihatnya sendiri, yang dikatakan kerana tiada “grup WhatsApp”.
“Dua kenyataan bercanggah antara satu sama lain dari kementerian yang sama. Mungkin mereka tiada grup WhatsApp.”
Jelas Najib lagi, apa pun pandangan mereka dan sama ada bersetuju atau tidak dengan langkah “downgrade” itu, kos peminjaman dan bayar balik telah meningkat, dan memberi kesan kepada penarafan kredit negara.
“Hakikatnya, kos peminjaman dan kos untuk kita bayar faedah dah naik, lebih-lebih lagi jika penarafan kredit negara turut terkesan,” tegas Najib.
Menurut bekas perdana menteri itu lagi, ekoran pengumuman turun taraf oleh Moody’s itu, nilai ringgit “menjunam dari RM4.16 ke RM4.19 pagi ini dan masih mengalami penurunan.”
Katanya, ini akan memberi kesan dengan menambah tekanan pada rizab antarabangsa negara yang susut setiap bulan selepas PH menang dan mentadbir negara sejak Pilihan Raya Umum ke-14.
Najib turut menjelaskan bahawa kerajaan PH “menjarah” hasil Petronas dalam bentuk dividen berjumlah RM26 bilion tahun ini dan RM54 bilion tahun depan, berbanding jumlah RM16 bilion di bawah kerajaan Barisan Nasional pada 2017.
0 comments:
Post a Comment