Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 3, 2018

73 WARGA SMKA KUALA LIPIS DIKESAN MENGHIDAP PENYAKIT BEGUK



73 pelajar SMA Kuala Lipis dikesan menghidap penyakit beguk



70 pelajar dan tiga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Lipis dikesan menghidap kluster Mumps (beguk).

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Sha’ari Ngadiman berkata, kejadian tersebut mula dilaporkan pada 20 Februari lalu dan sehingga semalam terdapat 73 kes dikesan melibatkan warga sekolah berkenaan

Menurutnya, walau bagaimanapun semua pesakit adalah stabil dan telah mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

“19.2 peratus daripada sejumlah 380 orang pelajar dan kakitangan sekolah tersebut telah menerima rawatan di hospital.

“Susulan kejadian kluster ini, aktiviti pendidikan kesihatan telah diberikan kepada semua pelajar dan kakitangan sekolah terlibat.

“Pemantauan secara harian juga telah dijalankan ke atas semua pelajar serta kakitangan sekolah oleh Pejabat Kesihatan Daerah Lipis,”katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai yang mengalami gejala dan tanda-tanda penyakit beguk seperti demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang selera makan dan bengkak serta sakit di kelenjar parotid (kelenjar air liur) agar segera mendapatkan rawatan awal di hospital atau klinik kesihatan bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

Tambahnya, adalah penting untuk masyarakat sentiasa memastikan kebersihan diri dan persekitaran serta mengamalkan etika batuk yang betul bagi mengelakkan penularan penyakit tersebut.


0 comments:

share2