Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 7, 2017

[KUANTAN] POLISAS BERJAYA CIPTA MESIN BISKUT SUJI

Berjaya cipta mesin biskut suji



Bagi mengatasi masalah membentuk biskut suji secara manual, tiga penyelidik Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) mencipta mesin semi automatik untuk menghasilkan biskut suji dengan lebih cepat.

Ketua Penyelidik, Aida Haryati Muda berkata, pihaknya mengambil masa enam bulan untuk melakukan kajian sebelum menghasilkan mesin berkenaan.

Menurutnya, dengan kos RM28,054 di bawah program Jaringan Penyelidikan Swasta – Awam (PPRN), beliau bersama dua rakan penyelidik, Masliana Idris dan Ahmad Zaifazlin Zainordin berjaya mencipta mesin itu dalam tempoh ditetapkan.

“Mesin semi automatik ini mampu meningkatkan pengeluaran selain mengurangkan penggunaan tenaga kerja.

“Sekali gus dapat menjimatkan kos operasi syarikat pengusaha biskut ini selain meningkatkan kapasiti pengeluaran sebanyak 67 peratus,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Aida Haryati berkata, projek inovasi itu adalah sebahagian peranan yang dimainkan pensyarah ke arah melahirkan lebih ramai penyelidik di samping membantu pengusaha atau pihak industri.

Sementara itu, pengusaha biskut suji, Zainun Damirin berkata, beliau gembira dengan inovasi yang dijalankan kumpulan penyelidik berkenaan bagi membantunya mengatasi masalah dihadapi.

Katanya, dengan adanya mesin berkenaan, dia kini mampu menghasilkan lebih banyak biskut suji dalam satu masa.

“Proses membuat biskut menjadi lebih mudah selain menjimatkan kos operasi,” katanya yang beroperasi di Kluang, Johor.




0 comments:

share2