Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 12, 2016

IKA IKORA DITAHAN LAGI


PDRM



Kota Bharu - Seorang wanita berusia 28 tahun atau lebih dikenali dengan gelaran Ika Ikora ditahan bagi membantu siasatan berkait kes rakaman viral wanita yang dipukul dalam keadaan bogel di sebuah hotel di Golok.

Suspek ditahan pada jam 11.30 malam, Isnin lalu, di sebuah kedai di Pasir Hor, di sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan kerana dikatakan menuduh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menyebarkan video pergaduhan itu.

Katanya, dalam kejadian lalu, pengadu membuat laporan polis selepas diserang sekumpulan tiga wanita dan seorang lelaki ketika sedang minum di sebuah kedai makan di sini.

“Pengadu mengenali seorang daripada perempuan yang menyerangnya itu. Walaupun menafikan tuduhan itu, mangsa tetap diugut, malah turut ditumbuk hingga mengalami lebam pada kening kiri,” katanya.

Menurutnya, suspek ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.


0 comments:

share2