Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 18, 2016

PELAJAR LAFAZ SYAHADAH LEPAS DENGAR PENJELASAN DR ZAKIR


Pelajar lafaz syahadah lepas dengar penjelasan Dr Zakir


Melaka - Dewan Universiti Teknikal Melaka (Utem) syadu apabila seorang remaja melafazkan dua kalimah syahadah selepas mengikuti ceramah Dr Zakir Naik.

Pelajar itu memeluk Islam setelah berpuas hati dengan penjelasan penceramah terkenal antarabangsa itu.

Beliau yang juga merupakan pelajar jurusan Elektronik Komunikasi di universiti sama mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Dr Zakir Naik kira-kira jam 11.05 minit malam tadi.

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang bersama dalam ceramah bertajuk Islam: Masalah dan Penyelesaian Kemanusiaan.


0 comments:

share2