Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 18, 2016

'MAHATHIR, PULANGLAH KE PANGKAL JALAN'


Tun Mahathir


Puncak Alam - 'Jika tak mahu minta maaf, Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan ‘pulang ke pangkal jalan’ kerana memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal derma RM2.6 bilion,' kata Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Menurutnya, pengakuan kerajaan Arab Saudi melalui Menteri Luarnya, Adel Al-Jubeir menjawab segala fitnah yang dibuat terhadap Najib.

“Saya minta Mahathir dan ahli Umno yang keliru pulanglah ke pangkal jalan. Pengakuan Menteri Luar Arab Saudi baru-baru ini, membuktikan Perdana Menteri difitnah dengan dahsyat.

“Mengenali Tun (Mahathir), saya tak rasa dia akan minta maaf. Cuma saya minta, pulanglah ke pangkal jalan,” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutup Wacana Saranan Ibu Bapa dan Komuniti di UiTM Puncak Alam, semalam.

Beliau berkata, kebenaran tersebut juga perlu diterima rakyat dengan hati terbuka dan menyeru agar semua pihak bersatu bersama perdana menteri memajukan negara.

“Tak perlu diungkit lagi. Dah jelas tak ada unsur rasuah kerana ia diperakui wang diberi berbentuk derma dan sumbangan.

“Pemimpin dan rakyat perlu terus bersatu memperkukuhkan parti dan jangan terpengaruh dengan usaha pihak yang sentiasa berhasrat menjatuhkan Umno,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menyifatkan segala tohmahan dilemparkan kepada Perdana Menteri selesai, termasuk isu 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) yang disahkan Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tiada unsur jenayah.

Dalam perkembangan lain, Noh berkata, debat antara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Parlimen DAP, Tony Pua perlu diteruskan.

“Saya harap debat antara Tony Pua dan Arul Kanda menjadi kenyataan dan jangan ada alasan lagi. Beri mereka masa dua jam biar semua yang terpendam dapat dirungkaikan.

“Dua-dua jangan lari, saya cabar kedua-duanya untuk berdebat dan disiarkan secara langsung, tapi, bukan di hadapan orang ramai,” katanya.


0 comments:

share2