Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 21, 2016

[KUANTAN] MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG ANTARA TERBAIK MALAYSIA



21.4.16.: Maahad Tahfiz Negeri Pahang berjaya menghasilkan keputusan terbaik dalam keputusan SPM tahun lalu serta cemerlang dalam kokurikulum di peringkat antarabangsa.

Pengurus Besar Yayasan Pahang, Dato' Mahmud Mohd Nawawi berkata seramai empat orang pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang terpilih mewakili Malaysia ke Kejohanan Equuestrian Antarabangsa di Kejohanan Pony Club of Queensland State Jumping Equitation and Showjumping Championships pada 31 Mac hingga 3 April lalu.

Mereka mengharumkan nama Malaysia apabila Adam Haikal Bin Johan menduduki tempat ke 4 daripada  50 peserta dalam acara Jump Off. Nur Mujeera Chaudry menang tempat ke 6 daripada 43 perserta dalam acara Power And Speed.  Sementara Syed Nuh Dato' Syed Burhannuddin menduduki tempat ke 10 daripada 60 peserta dalam acara Power And Speed.

Sementara pelajar yang menyertai pertandingan Universal Competition For The Memorization And Recitation of The Holy Quran di Sharm El-Sheikh, Eqypt. Muhammad Haziq Bin Mohamad Dzulkhairy menduduki tempat ke 12 daripada 73 peserta dalam kategori 30 juzuk. Sementara Muhammad Hilmiy Bin Muhammad Khalil menduduki tempat ke 4 daripada 73 peserta dalam kategori 15 juzuk.

Maahad Tahfiz Negeri Pahang juga menduduki tempat pertama dalam keputusan SPM tahun lalu dengan Ranking GPS Kebangsaan SBP sebanyak 1.38.

Dato' Mahmud meletakkan kejayaan utama Maahad Tahfiz Negeri Pahang atas pentadbiran negeri yang memberi sokongan padu dalam segala aktiviti mereka.

Menteri Besar Pahang Datuk Sri DiRaja Adnan Yaakob menyampaikan hadiah penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang.

   
              

0 comments:

share2