Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 18, 2016

HARAP PENDUDUK MAMBONG TERUS SOKONG BN


Jerip Susil


Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Mambong (dahulu dikenali Bengoh) Datuk Dr Jerip Susil berharap penduduk Mambong terus menyokong Barisan Nasional (BN) demi kesinambungan pembangunan di kawasan itu.

Beliau berkata, penduduk telah menikmati pelbagai pembangunan dan kemajuan di bawah pentadbiran BN selama ini dan lebih banyak pembangunan akan dibawa ke kawasan itu sekiranya mereka memberikan mandat kepada BN pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 ini.

Jerip yang merupakan calon langsung BN bagi kerusi Mambong berkata penduduk di Mambong kini sudah menikmati kemudahan asas yang lebih baik berbanding 20 tahun lalu.

"20 tahun yang lepas jalan raya di kawasan Mambong agak terhad dan kalau ada ia hanya jalan raya berbatu sedangkan sekarang hampir semua kampung sudahpun dihubungi jalan raya berturap.

"Selain itu, hampir semua kampungg sudah mendapat bekalan elektrik 24 jam serta bekalan air bersih. Inilah antara kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN dan penduduk harus berterima kasih," katanya.

Jerip yang merupakan Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak sebelum Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan pada 11 April lalu, berkata demikian ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Kampung Garung di sini semalam.

Katanya, kerajaan mempunyai banyak program pembangunan untuk rakyat di kawasan berkenaan di masa akan datang dan adalah menjadi satu kerugian sekiranya mereka memberi undi kepada calon pembangkang pada hari pengundian 7 Mei ini.

Hadir pada majlis itu ialah Walikota Samarahan Datuk Peter Minos dan ketua-ketua masyarakat.


0 comments:

share2