Mesyuarat Majlis Perundingan Belia Peringkat Daerah Bentong telah diadakan semalam. Mesyuarat ini anjuran bersama Pejabat Daerah dan Tanah Bentong, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bentong serta Majlis Belia Daerah Bentong. Mesyuarat Majlis Perundingan Belia Peringkat Daerah Bentongini ini turut dihadiri oleh pelbagai Jabatan Kerajaan serta beberapa buah persatuan belia daerah Bentong.
Mesyuarat Majlis Perundingan Belia Peringkat Daerah Bentong ini diadakan bagi membincangkan hal ehwal para belia daerah Bentong, mengenalpasti masalah masalah yang dihadapi oleh belia serta mengumpulkan cadangan dari mereka yang hadir untuk dibawa kemesyuarat Majlis Perundingan Belia Peringkat Negeri dan Kebangsaan.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YH. Dato' Azhar bin Hj Arshad, Pegawai Daerah Bentong. Di dalam mesyuarat ini, YH. Dato' Azhar bin Hj Arshad telah menggalakkan para belia Bentong supaya sentiasa memajukan diri dengan mengikuti pelbagai kursus sama ada kursus perniagaan, kemahiran mahupun akedemik supaya belia dapat bersaing diperingkat lebih tinggi. Para belia juga digalakkan menyemai semangat cintakan negara di dalam diri.
Di dalam mesyuarat ini juga, Encik Wan Mohd Fahmi bin Wan othman, Pegawai Belia Kuantan turut menyampaikan taklimat mengenai Dasar Belia Malaysia. Antara perkara yang digariskan didalam taklimat Dasar Belia Malaysia adalah ; menggalakkan belia berniaga, mengumpul kemahiran serta menerangkan mengenai tarif had umur belia Malaysia yang baru iaitu 15 sehingga 30 tahun.
0 comments:
Post a Comment