Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 8, 2016

AYAH DR FAZLEY MENINGGAL DUNIA AWAL PAGI TADI


Ayah Dr Fazley meninggal dunia


Ayah kepada personaliti popular, Datuk Dr Fazley Yaakob, Datuk Yaakob Mohammad telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.

Fazley memaklumkan perkara itu menerusi laman Facebooknya juga ‎memohon maaf sekiranya ayahnya ada melakukan kesilapan ketika hayatnya.

‎"Dengan duka cita dan rendah hatinya, saya ingin memaklumkan bahawa ayahanda saya yang dikasihi Datuk Hj Yaakob Hj Mohammad telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.

"Terima kasih buat semua ahli keluarga jauh dan dekat, rakan taulan lama dan baharu, serta mereka yang pernah dan masih mengenali arwah ayahanda saya selama ini, katanya menerusi posting terbaru kira-kira lima jam tadi.

Katanya, "mohon maaf jika ada salah dan silap beliau (ayah), sekiranya ada terkasar bahasa dan perbuatan selama tempoh anda pernah bersama beliau, mohon dihalalkan makan minum beliau juga."

"Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan roh beliau," katanya.

Sebelum ini, Yaakob pernah menjawat jawatan Setiausaha Kerja Umno dan BN.

Allahyarham pernah dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Al-Fatihah


1 comments:

  • Anonymous says:
    February 8, 2016 at 1:08 PM

    saya pernah mengenali arwah Dato Haji Yaakob pada tahun 1973 lagi ketika dia menjalani praktikal di KPg Lasah Sg Siput Utara ketika saya menjawat jawatan Penghulu Muda Lasah...Beliau adalahorg yg baik dan rajin belajar ketika beliau menjalani latihan praktikal di Kpg Lasah. Alfatihah Dato Haji Yaakob.

share2