Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 26, 2015

WARGA EMAS NEKAD BERBARING DI LANDASAN KERETA API


pdrm


Johor Bahru - Seorang warga emas mati serta merta selepas badan berkecai digilis kereta api di landasan kereta api kilometer 751 arah Kempas ke Johor Bahru, di sini kira-kira jam 8 malam tadi.

Mangsa yang dikatakan belum berumah tangga tertekan kerana menghidap penyakit dalam perut sehingga nekad berbaring di landasan sebelum digilis kereta api yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asistan Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa, Munian, 65, mati di tempat kejadian selepas putus kepala dan kedua-dua belah tangan serta kaki.

Menurutnya, tiada sebarang senjata atau kesan yang meragukan di tempat kejadian.

"Kita dimaklumkan pengadu sudah beberapa kali membunyikan wisel namun tidak diendahkan, sebaliknya mangsa terus merebahkan badannya di atas landasan.

"Kita mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan mayat telah dihantar di Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat," katanya.

0 comments:

share2