Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 20, 2015

PROVOKASI, BAKAR MERCUN PUNCA KECOH LUAR STADIUM


Provokasi, bakar mercun punca kecoh luar stadium


Johor Bahru – Insiden kekecohan di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin di sini sejurus selepas tamat perlawanan bola sepak Liga Super antara JDT menentang Perak berpunca dari tindakan provokasi dan agresif penyokong tuan rumah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan kejadian kira-kira jam 11 malam itu, selain menahan 14 individu di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 147/148 kanun keseksaan iaitu menghalang tugas penjawat awam dan merusuh.

“Lebih kurang 400 orang penyokong telah berhimpun di laluan keluar penyokong Perak menuju ke bas yang dipercayai untuk menghalang dan menimbulkan provokasi terhadap lebih kurang 200 penyokong lawan.

“Pelbagai kata-kata kesat dikeluarkan selain tindakan penyokong ini membakar mercun roket,” katanya dalam satu kenyataan.

Sulaiman berkata, susulan keadaan itu, polis cuba menahan individu yang disyaki membakar mercun sebelum anggotanya diserbu pasukan penyokong yang bertujuan menghalang penahanan tersebut.

“Mereka telah merusuh dan menimbulkan kacau ganggu di sekitar kawasan luar stadium selain memaki hamun dan membaling perlbagai objek termasuk batu ke arah pasukan polis.

“Dua anggota polis telah mengalami kecederaan dikepala dengan tiga jahitan dan seorang anggota mengalami kecederaan di tangan kanan,” katanya.

Katanya, ekoran dari tindakan tersebut, Polis Simpanan Persekutuan (FRU) telah digerakkan bagi menyuraikan keadaan.

Beliau berkata, tiga buah bas penyokong dan sebuah bas membawa pemain telah dikawal rapi dan memaklumkan tiada insiden dibaling batu atau apa-apa tindakan yang mengancam konvoi tersebut.

Keadaan tersebut berjaya dikawal kira-kira 2 jam kemudian.

0 comments:

share2