Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 9, 2015

TEMERLOH : TS MUHYIDDIN LAWAT MANGSA BANJIR DI PERUMAHAN SRI LEBAK

TPM lawat Jumaat Ludin - 70 Tahun antara mangsa banjir di Temerloh




Temerloh - Semalam (8 Januari 2015) Timbalan Perdana Menteri Malaysia TS Muhyiddin Yassin melawat kawasan-kawasan yang ditenggelami air ketika bencana banjir berlaku baru-baru ini.

Antara kawasan yang dilawati beliau adalah Taman Perumahan Sri Lebak yang terletak dipersisir Sungai Pahang di jalan Temerloh - Triang.

Terdapat seramai 300 penghuni di kawasan berkenaan yang menjadi mangsa banjir dan diberikan sumbang segera oleh pihak kerajaan ketika lawatan TPM berkenaan.

Dalam ucapannya beliau memaklumkan sebanyak 2,660 buah rumah dihanyutkan banjir di Kelantan dan hilang atau rosak 100 peratus.

Bencana banjir kali ini melibatkan 300 ribu orang menjadi mangsa. Perdana Meneteri serta Kabinet juga telah persetujui untuk memberikan bantuan tunai serta merta sebanyak RM500.00 bagi setiap keluarga yang terlibat. Seramai 82,000 keluarga terlibat dan sejumlah RM41 juta  sudah disediakan untuk tujuan bantuan berkenaan. 

Pahang dinasihatkan agar segera mengambil inisiatif untuk mendaftarkan mangsa-mangsa yang terkesan oleh banjir kali ini.

TS Muhyiddin juga memaklumkan bahawa kerajaan turut menyumbangkan sebanyak RM5,000,00 bagi setiap keluarga yang kehilangan ahli keluarganya dalam bencana banjir berkenaan sebagai bantuan dan tanda keperihatinan kerajaan.

Beliau juga turut menyatakan sokongannya terhadap nasihat YAB Menteri Besar Pahang yang berucap sebelum itu meminta rakyat sentiasa berhati-hati dan menjaga kesihatan serta keselamatan ketika banjir dan pasca banjir ini kerana wabak mudah berjangkit dalam keadaan kebersihan yang kurang kawalan ini.


0 comments:

share2