Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 22, 2014

TAUKE KELAB MALAM MAUT DITEMBAK





Johor Bahru: Seorang pengusaha kelab malam mati dalam kenderaan pacuan empat roda dipandunya selepas ditembak beberapa das dari jarak dekat, dalam kejadian di Jalan Permas 10, di Permas Jaya dekat sini, awal pagi semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Kessu, 40, mati di lokasi kejadian selepas ditembak di kepala ketika memberhentikan Toyota Harrier yang dipandunya di depan sebuah van untuk memesan makanan. 



Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata mangsa didatangi dua suspek yang menaiki motosikal sebelum terus melepaskan beberapa das tembakan ke arah kepala mangsa. 

“Mangsa dikatakan memberhentikan keretanya di depan van penjaja makanan untuk memesan makanan dan pada masa sama, dua lelaki memberhentikan motosikal di belakang Toyota Harrier terbabit. 

“Pembonceng motosikal itu dikatakan terus meluru ke arah mangsa yang berada dalam kenderaannya sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah kepalanya dari jarak dekat menyebabkan mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian,” katanya.

0 comments:

share2