Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 22, 2014

LAGI KES TIPU SMS DIKESAN



RAUB - Seorang lelaki berusia lingkungan 50 an kerugian hampir RM5,000 apabila terpedaya tipu muslihat SMS yang menawarkan wang tunai RM20,000 berserta sebuah kereta, Selasa lalu.

Ketua Polis daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa menerima SMS memaklumkan dia memenangi RM20,000 daripada Shell melalui telefon bimbit dan seterusnya mangsa bertindak menghubungi nombor terbabit.

“Seorang lelaki Melayu mengangkat panggilan telefon dan memberitahu mangsa memenangi hadiah dan memintanya ke sebuah bank tempatan bagi memudahkan mangsa memasukkan wang mengikut arahan diberikan.

“Mangsa mendapati wang sebanyak RM1,997.89 dalam akaunnya dipindahkan ke akaun Bank Islam atas nombor akaun yang tidak diketahui pemiliknya,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian mengarahkan mangsa memasukkan wang tambahan RM1,200 ke satu akaun milik seorang lelaki Melayu sebagai cukai pertandingan.

“Mangsa kemudian dihubungi sekali lagi oleh suspek dan dimaklumkan telah memenangi sebuah kereta dan memintanya memasukkan RM1,800 pula sebagai urusan penghantaran kereta.

“Disebabkan terlalu kerap diarahkan memasukkan wang ke dalam akaun, mangsa mula curiga dan menyedari dia ditipu suspek,” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, orang ramai sepatutnya sedar dan maklum bahawa Shell atau mana-mana syarikat terkemuka lain tidak akan sesekali hubungi pelanggan untuk meminta memindahkan wang ke akaun lain.



0 comments:

share2