Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 13, 2013

Rakyat Jengka Terus Setia

Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka jelas menggambarkan majoriti pengundi memilih berdasarkan kemampuan parti yang dipercayai mampu menjaga kebajikan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, walaupun Pas meletakkan Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di kerusi itu, namun rakyat di Jengka menolaknya kerana BN telah menjaga kepentingan mereka sejak sekian lama.

"Saya rasa rakyat terutamanya masyarakat Felda menolak parti lain, selain BN. Ini kerana BN telah banyak memberikan bantuan dan kebajikan kepada mereka".

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Wan Salman menang dengan majoriti 1,303 undi menewaskan Tuan Ibrahim, yang merupakan peningkatan majoriti berbanding pilihan raya sebelum ini apabila hanya memperoleh majoriti 596 undi.

Katanya, kemenangan beliau juga disebabkan peningkatan sokongan peneroka tanah rancangan Felda yang mahu BN terus menerajui DUN ini.

"Oleh itu, saya akan membalas sokongan masyarakat Felda ini dengan membawa lebih banyak pembangunan ke kawasan mereka.

"Masalah perumahan generasi kedua dan bekalan air kini dalam proses penyelesaian. Tidak lama lagi semua masalah itu akan diselesaikan oleh BN,"

0 comments:

share2